RAMAI mengakui proses mencari pekerjaan kini memerlukan lebih banyak usaha dan kesabaran.
Di Thread, seorang wanita mendakwa individu yang sudah berkahwin lebih sukar untuk diterima bekerja pada hari ini.
Dalam hantaran itu, dia mendakwa sesetengah majikan tidak mahu menerima calon yang mempunyai komitmen keluarga seperti anak.
Segelintir wanita mengorbankan kerjaya demi memberi fokus terhadap anak-anak. -Gambar hiasan
"Sekarang recruiters sangat memilih ya. Kalau calon dah kahwin dan ada anak, automatik letak tepi. Kalau tak ada pilihan, barulah anda ada peluang.
"Kalau tak, maaflah anda tak akan dapat kerja. Dulu seseorang pernah cakap, dia nak kerja tetap sebelum kahwin sebab kalau dah kahwin, susah nak dapat kerja.
"Saya pun macam tak percaya. Sekarang bila dah empat tahun jadi suri rumah, nak mula balik kerja, memang susah," tulis wanita itu.
Apabila saya maklumkan sudah kahwin dan ada anak, mereka macam tak suka.
SURI RUMAH
Menurut wanita itu, dia sebenarnya mahu kembali bekerja kerana anak-anaknya sudah besar.
"Dapat panggilan temuduga. Apabila saya maklumkan sudah kahwin dan ada anak, mereka macam tak suka. Mereka tak tahu ke kita ni nak kerja sebab dah nak 'gila' duduk rumah.
"Berilah kami peluang. Kesian kami warga mak kahwin muda. Selepas anak-anak dah besar, baru boleh mulakan balik kerjaya kami tapi tiada siapa mahu terima," ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ganti anak masuk 'interview' kerja, penemu duga tak sangka boleh berkenan! - “Rasa macam nak ambil mak dia”
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cantik ‘lenggang kangkung’ datang ‘interview’ kerja… Tak sempat cakap banyak penemu duga hambat balik!
Di ruangan komen, beberapa wanita turut mengakui perkara sama dan mendakwa mereka tidak diberi peluang kerja kerana sudah berkeluarga.
"Sis, saya yang baru mengandung pun majikan tak nak proceed. Entahlah, tak tahu apa nasib wanita.
Persaingan sengit menyebabkan usaha mencari kerja semakin sukar. -Gambar hiasan AI
"Bila temuduga, ditanya siapa nak jaga anak, boleh kerja lebih masa ke? Mereka risau anak-anak siapa nak jaga, tak tanya pun pengalaman.
"Ya. Diskriminasi wanita berkahwin dan ada anak serta yang mengandung. Sedih sangat mentaliti tu," tulis netizen.