suria

Lagak hero salah tempat! Penunggang superbike dikecam tak peka info trafik semasa, susahkan pengguna NKVE nak pergi kerja

Penunggang ini dianggap tak peka isu semasa apabila menghalang pemandu menggunakan lorong kecemasan pada waktu yang dibenarkan.

SEJAK beberapa kemalangan dan insiden membabitkan lorong kecemasan tular di media sosial, ramai yang mula sedar serta peka fungsi utama laluan tersebut.

Maka tidak hairanlah apabila ada yang bertindak 'mengawal' laluan tersebut daripada digunakan individu tidak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak ada siapa bawa, mak pergi sendiri naik bas pun tak apa” - Tragedi lorong kecemasan! Orkid Cameron Highland tinggal kenangan kerana pemandu treler mengantuk

ARTIKEL BERKAITAN: Toleh belakang, lori datang laju! Mangsa rempuhan imbas saat ‘melayang’ tepi jalan, nampak 2 penunggang motor maut

Menerusi video tular baru-baru ini, seorang penunggang motosikal berkuasa besar didapati cuba menghalang pemandu kenderaan daripada menggunakan lorong kecemasan.

Berdasarkan rakaman berdurasi 43 saat itu, kejadian tersebut berlaku di laluan antara Setia Alam ke Shah Alam, Selangor melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Walaupun tindakannya itu disifatkan sebagai prihatin, namun hakikatnya ia adalah salah dan menyusahkan pengguna di lebuhraya berkenaan.

Papan tanda memaparkan smart lane dalam ujikaji.

Papan tanda memaparkan smart lane dalam tempoh uji kaji.

Ia berikutan, laluan berkenaan berada dalam tempoh ujian pengoperasian oleh pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Menurut pemilik akaun @BigIdeasMY, kenderaan dibenarkan untuk mengguna lorong kecemasan tersebut setiap Isnin sehingga Jumaat dari jam 6.30 pagi sehingga 9.30 petang.

"Bagi yang bekerja di Lembah Klang, tolong ambil perhatian.

"Kenderaan dibenarkan untuk mengguna lorong kecemasan setiap Isnin hingga Jumaat dari 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi di Lebuhraya NKVE Setia Alam ke Shah Alam.

"Jangan nak tunjuk hero dengan block kenderaan lain macam brader (penunggang) motosikal ni buat. Bertolak ansur," ciapnya ringkas di Twitter.

Ramai yang masih tidak tahu tentang penggunaan lorong kecemasan pada waktu yang ditetapkan.

Ramai yang masih tidak tahu tentang lorong kecemasan boleh digunakan pada waktu yang ditetapkan.

Malah, dia turut berkongsikan pautan kenyataan yang dibuat pihak PLUS sebelum ini yang memaparkan peraturan tersebut dikuatkuasakan sejak Oktober 2019.

Difahamkan, had laju yang ditetapkan adalah tidak melebihi 60 kilometer per jam (Kmj).

Perkongsiannya itu kemudian diulang kicau 5,600 pelayar Twitter.

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan penunggang motosikal terbabit yang disifatkan tidak mengikuti isu semasa dan baru menggunakan lebuh raya tersebut.

"Dah bertahun benda (peraturan) ni.

Aku kena dengan orang yang sama rasanya, nak jadi hero tak salah tapi baca dulu.

NETIZEN

"Sama juga jalan berdekatan susur ke Hospital Serdang dan Putrajaya. Sudah ada signboard tapi masih konon-konon halang juga.

"Aku kena dengan orang yang sama rasanya, nak jadi hero tak salah tapi baca dulu.

"Puji tindakan dia cuma tak up to date dengan isu semasa," ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, beberapa netizen mengakui baru mengetahui perkara tersebut.

Antara reaksi netizen yang menyuarakan 'hak' penunggang motosikal.

Antara reaksi netizen yang menyuarakan 'hak' penunggang motosikal.

Bagi penunggang motosikal pula, mereka berharap pengguna jalan raya yang lainnya memahami kesukaran yang dilalui.

Ekoran itu, terdapat segelintir netizen yang dipercayai penunggang motosikal, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap peraturan tersebut.

"Cuba letakkan pandangan dari sebelah penunggang motosikal. Motor nak lalu mana lagi? Lalu perlahan di lorong pertama kena 'pressure' dengan lori. Laluan dua dan tiga pula kereta banyak tukar-tukar lorong. NKVE tak ada lorong motosikal, dah tahu smart lane jangan beri tekanan kepada penunggang yang tengah lalu di situ.

"Aku takut nak bawa motor atas jalan kalau atas highway sebab itu guna lorong kecemasan, bukan suka hati ikut situ tapi takut. Nak memotong fikir dua kali sebab jarang tunggang motor tapi disebabkan terpaksa, kalau jalan kampung pun aku lalu tepi jalan.

"Aku selaku pengguna motor boleh relate... motosikal aku dah berumur 10 tahun jenis Honda 110. Habis pulas minyak pun gerak 70 hingga 80km/j, kalau biasa-biasa memang 50 hingga 60km/j... tu pun habis cuak dah nak jalan sekali dengan kereta, lalu lorong kecemasan kadang-kadang tengok cermin belakang," luah seorang pelayar Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain