suria

Mencuri tak guna otak, muka terpampang depan CCTV sebab pakai ‘mask’ bawah dagu... Ini punca kasut depan rumah lesap!

Tangkap layar rakaman yang tular di laman Twitter.

DIA memang tak perasan ke ada kamera litar tertutup (CCTV), depan mata je!

Demikian soal seorang netizen berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki mencuri kasut, dipercayai berlaku di sebuah kuarters di Putrajaya.

Lebih memalukan, lelaki berkenaan memakai pelitup muka pada bahagian dagu, sekali gus mendedahkan wajahnya dalam rakaman itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Borak dan 'rembat'! 'Makcik Myvi merah' berani curi 3 beg pelajar dalam masjid "Esok exam, nota sekali kena curi”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia kata ada kat kampung, mak sakit” - Selepas selamba rembat 2 pasang kasut, pencuri berdolak-dalih minta padam video CCTV

Sambil membawa plastik hitam, dia dilihat 'selamba' menghulurkan tangan melepasi pagar besi kediaman sebelum mencuri kasut yang diletakkan di hadapan pintu.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada Selasa.

Rakaman yang dikongsi menerusi laman Twitter @putrajayaMY itu sehingga kini meraih hampir 20,000 tontonan.

"Hati-hati dan waspada warga Putrajaya," tulis pengendali akaun @putrajayaMY.

Pada ruangan komen, seorang individu turut berkongsi satu lagi rakaman CCTV, memaparkan pelaku yang sama pada tarikh 20 April lalu.

"Dari April sampai ke Mei. Pergi merembat kasut dengan uniform yang sama eh," tulis wanita itu.

kasut2

Lelaki itu selamba menghulurkan tangan menerusi jeriji untuk mencuri kasut milik penduduk kuarters tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan rasa berang atas tindakan lelaki itu.

Malah, ada yang membuat tuduhan kononnya dia mencuri kasut untuk dijual semula sebarang barangan bundle.

"Dia ni tak perasan ke ada kamera? Ke nafsu membutakan mata?

Memang selalu berlaku pun... kat apartment aku ni pun selalu selipar dan kasut hilang.

PELAYAR TWITTER

"Patut la kat pasar malam senang jual bundle, rupanya merembat.

"Memang selalu berlaku pun. Kat apartment aku ni pun selalu selipar dan kasut hilang. Sebab tu yang mahal-mahal aku letak dalam.

"Rembat lepas tu jual kat bundle. Mantap.

"Mesti lepas tu dia open bundle uptown," tulis beberapa individu.

kasut3

Netizen mengutuk tindakan lelaki itu, malah ada yang menuduh dia menjual kasut-kasut curi tersebut.

Untuk rekod, kejadian curi kasut di sekitar Putrajaya bukanlah satu isu baharu.

Semakan mStar mendapati Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah berkongsi keratan akhbar memaparkan isu sama pada tahun 2014.

Memetik laporan Kosmo! yang disiarkan semula oleh PDRM pada waktu itu, penduduk Putrajaya diminta menyimpan kasut berjenama di dalam rumah supaya penjenayah tidak mempunyai ruang dan peluang untuk mencuri.

Menurut polis, kasut merupakan antara kes yang banyak dilaporkan di Putrajaya selain pecah rumah dan curi motosikal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain