suria

“Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku” - Shuhada ucap terima kasih Hafidz Roshdi tinggalkan parut kekal pada wajahnya

Shuhada kini lebih kuat pertahankan hak selepas diceraikan.

SELEPAS insiden dikasari kecoh diperkatakan netizen, isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak berdiam diri dan dilihat mula mendedahkan sikap sebenar pelakon tersebut.

Secara sinikal, Shuhada, 29, mengucapkan terima kasih kepada Hafidz kerana menyebabkan wajahnya mengalami cacat kekal dan berharap perbuatannya itu mendapat balasan setimpal.

Catatan Shuhada di Instastory pada Jumaat turut memberi gambaran seolah-olah dia sudah lama menderita atas perkahwinan mereka selain menyifatkan Hafidz cuba berlagak seperti mangsa keadaan.

shuhada 333

Shuhada meluahkan perasaan di laman Instagram miliknya.

"Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku sampai mati, kau tidak akan tenang.

"Kalau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk back up diri, jadi manusia bagus boleh buat kau bahagia, teruskanlah.

"Allah tau kau tak pernah 'beli beras'. Terima kasih atas cacat kekal di muka aku. Semoga Allah balas seberat-berat kifarah buat anda dan anda," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada cedera di muka dipercayai ditumbuk Hafidz Roshdi... Polis sahkan terima laporan

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada masuk hospital, terpaksa buat CT scan kesan punca jatuh sakit

Dalam pada itu, Shuhada turut memberi bayangan hubungan Hafidz dan orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya masih berlarutan meskipun wanita berkenaan pernah berjanji untuk tidak menghubungi pelakon itu lagi.

Kata Shuhada, selain merasakan apa dilakukan selama ini tidak pernah salah, janji yang dibuat juga adalah satu penipuan.

"Apa yang jadi Allah memang terterakan depan mata yang penyesalan seorang manusia jangan kau ukur dengan janji di mulut.

Cukuplah saya jadi manusia baik sangka dengan anda dan anda. Separuh mati aku kena

NURUL SHUHADA MAT SHUKRI

"Berlagak seperti mangsa, seperti apa yang dibuat selama ini tidak pernah salah. Tidak pernah berhubung lagi merupakan satu penipuan," ujarnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian lain, Shuhada berkata sudah tiba masanya dia mempertahankan hak sebagai seorang wanita selepas diceraikan Hafidz pada 22 Februari lalu.

Kata Shuhada, sudah cukup dia bersangka baik dan akan habis-habisan memperjuangkan hak untuk diri sendiri.

shuhada 99

Kecederaan yang dialami Shuhada selepas kejadian ditumbuk Hafidz.

"Mungkin dia tiada harga diri. Kali ini saya akan all out perjuangkan hak untuk diri sendiri.

"Cukuplah saya jadi manusia baik sangka dengan anda dan anda. Separuh mati aku kena," jelasnya.

Pada Khamis, ahli keluarga Shuhada mengesahkan dia menjadi mangsa keganasan Hafidz selepas berlaku bertengkaran antara pasangan itu di sebuah lokasi berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Selangor sekitar pukul 6 pagi hari sama.

shuhada 2

Kemelut rumah tangga Shuhada di Hafidz juga didakwa melibatkan orang ketiga.

Shuhada terpaksa menerima rawatan di hospital akibat kecederaan pada muka selepas ditumbuk tiga kali oleh Hafidz dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Laporan dibuat oleh dua ahli keluarga Shuhada yang enggan namanya didedahkan.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umur, 2 tahun.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing dan pada 28 Februari wanita itu hadir ke mahkamah syariah bagi memfailkan proses pengesahan lafaz cerai dibuat pelakon tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain