suria

Seniman buat laporan polis, ‘blacklist’ produksi Mentega Terbang hina agama Islam

Hafiz (tengah) bersama Tuan Asmawi (tiga dari kiri) bersama laporan polis dibuat terhadap penerbit filem Mentega Terbang.

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) tampil membuat laporan polis berhubung isu membabitkan filem Mentega Terbang yang didakwa menghina agama Islam selain memaparkan kandungan menyentuh sensitiviti masyarakat.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Bimbang filem tersebut mampu mencemarkan pemikiran rakyat dan menjejaskan perpaduan, Setiausaha Agung Seniman iaitu Hafiz Nafiah tampil mengemukakan aduan di bawah Akta Hasutan 1948.

"Perkara paling membuatkan kami marah adalah filem ini mempermainkan agama Islam. Banyak lagi perkara yang boleh diketengahkan, jangan kacau bab perpaduan dan agama.

66365587_367464877146877_2508074875942463774_n

Mentega Terbang terima banyak kritikan ramai.

"Justeru laporan dibuat supaya menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap pihak-pihak terlibat di bawah Akta Hasutan 1948.

"Ini bukan kali pertama Seniman buat laporan sebegini terhadap produksi tapi malangnya masih ada pihak yang mengulangi perkara sama seolah-olah tidak ambil iktibar daripada kisah lalu," katanya kepada mStar.

Hafiz ditemui selepas selesai membuat laporan polis berkenaan yang turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa Seniman bersama penasihat agama persatuan tersebut iaitu Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Mentega Terbang bertentangan dengan akidah Islam, pihak terlibat akan dipanggil

ARTIKEL BERKAITAN: Isu babi dan bapa restu anak pilih agama dalam ‘Mentega Terbang’... Pengarah mohon tonton filem hingga habis

Laporan polis itu dibuat terhadap produksi Meng Kheng Entertainment serta pengarah dan penulis cerita asal, Khairi Anwar.

Dalam pada itu, Seniman turut menggesa pihak terbabit lain seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tampil mengambil tindakan sewajarnya.

Hasil semakan Seniman juga mendapati semua yang terbabit dalam filem tersebut tidak berdaftar dengan pertubuhan itu selain mana-mana persatuan seperti yang diwajibkan dalam syarat Padu Citra di bawah Finas.

Hasil semakan kami, mereka semua yang terlibat tidak berdaftar di bawah Seniman.

SENIMAN

PERSATUAN

"Laporan ini juga saya akan panjangkan kepada timbalan menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Komunikasi dan Digital.

“Pihak Finas juga perlu buat semakan adakah mereka ini sudah mendapat Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) sebab semua produksi perlu mendapatkan kelulusan badan berkenaan.

“Hasil semakan kami, mereka semua yang terlibat tidak berdaftar di bawah Seniman. Jadi mungkin kami akan senarai hitam mereka daripada menjadi ahli,” jelasnya.

Sementara itu, Tuan Asmawi menganggap pihak produksi tidak membuat rujukan penuh dalam penghasilan karya ini sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

995330

Antara babak di dalam Mentega Terbang.

Tuan Asmawi juga menegaskan tindakan susulan perlu diambil sekiranya laporan yang tidak buat tidak memberi kesan.

"Dalam konteks penghasilan filem ini saya rasa jika mereka membuat rujukan al-Quran tetapi ia tidak sepenuhnya.

"Jika tiada sebarang tindakan setimpal diambil saya akan terus bertegas untuk mengambil sebarang bentuk tindakan terhadap filem ini," ujarnya.

Sejak beberapa hari lalu, salah satu babak filem terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment itu hangat menjadi bualan kerana menggambarkan seorang bapa yang berfikiran terbuka tidak menghalang anaknya memilih agama yang mana perbuatan itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, pengarahnya berharap agar penonton dapat menyaksikan secara penuh filem berkenaan supaya lebih faham tentang mesej yang ingin disampaikan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain