suria

Pilih berdikari tanpa harap bantuan sesiapa, Shuhada tampil bisnes atas talian ‘Satu Tak Cukup’

Shuhada lebih semangat untuk hidup selepas bercerai.

MESKIPUN penceraian masih belum disahkan di mahkamah namun isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak menunggu lama untuk bangkit dengan kehidupan baharu malah sudah pun memulakan perniagaan secara atas talian.

Memilih untuk hidup berdikari, kata Shuhada, 29, perniagaan yang diberi nama Satu Tak Cukup by Shuhada Shukri itu diharap dapat menjadi pembuka jalan dalam menyara kehidupan bersama dua anaknya tanpa mengharapkan belas kasihan orang lain.

"Terima kasih atas sokongan dalam perubahan hidup yang paling mencabar ini. Seperti yang semua sedia tahu, saya akan memulakan hidup sebagai ibu tunggal.

"Saya berani cakap saya tidak pernah bersemangat seperti sekarang ini. Tamparan hebat ini buat saya yakin kena lebih kental dan berdikari. Saya akan lalui semua ini.

hafidz roshdi 2

Shuhada tak mahu bergantung kepada sesiapa selepas bergelar ibu tunggal.

"Saya pilih untuk bina sumber pendapatan sendiri tanpa bergantung pada pihak berkenaan. Azam ini bukan sementara. Ini azam mutlak," katanya.

Shuhada meluahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad yang turut disertakan dengan foto dua cahaya matanya iaitu Humairah dan Umar.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi tegur Shuhada pakai pendakap gigi, netizen syak depresi selepas lafaz cerai

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hadiahkan’ Shuhada talak satu, Hafidz Roshdi jadi sasaran diserang netizen berjemaah

Tambah Shuhada, dengan memulakan perniagaan itu juga, dia berharap dapat mengubah pandangan sesetengah pihak yang menganggap ibu tunggal sepertinya hanya mengharapkan bantuan orang lain.'

“Saya di sini untuk mengubah persepsi buruk orang pada single mother. Saya mahu keluar dari pandangan skeptikal manusia yang kata ibu tunggal selalu jadi orang yang meminta dan berharap pada manusia untuk kelangsungan hidup anak.

“Saya bukan datang dari keluarga berniaga, tetapi beruntung ada sahabat yang tidak kedekut ilmu. Jadi saya yakin boleh beri yang terbaik,” jelasnya.

Shuhada mahu bangkit selepas Hafidz melafazkan cerai terhadapnya.

Kemelut rumah tangga Shuhada dan Hafidz yang heboh diperkatakan sebelum ini menemui titik nokhtah apabila pelakon itu melafazkan cerai melalui panggilan telefon pada Rabu.

Isu antara mereka bermula apabila Hafidz dikatakan berlaku curang dan kemudian muncul wanita bernama Athira Yuhada mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon tersebut namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Shuhada dan anak-anaknya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain