suria

Selepas foto ‘merisik’ tular, Zara Zya muat naik video majlis sama dengan emoji tanda hati 

Sedutan video yang dimuat naik Zara di Instagram.

SPEKULASI pertunangan Zara Zya semakin hangat menjadi bualan apabila aktres itu sendiri memuat naik video dipercayai ketika hari bahagianya itu.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu memperlihatkan Zara yang ayu dalam persalinan pakaian putih selain seorang wanita berbaju hitam menyarungkan cincin ke jari manisnya.

Dalam rakaman sama turut dipaparkan beberapa barangan hantaran yang dibalut dengan kain putih.

Tidak meletakkan sebarang kapsyen, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, bagaimanapun hanya menyertakan emoji tanda hati pada hantaran berkenaan.

WhatsApp Image 2023-02-21 at 6.32.35 PM

Sebelum ini tular gambar seorang wanita menyarungkan cincin ke jari manis Zara.

Ruang komen hantaran tersebut mula dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti termasuk para pengikutnya di Instagram.

“Tahniah Zara, so happy for you. One step closer. Segala dipermudahkan segala urusan.

“Faham kenapa Zara buat macam ni. Lebih privasi sebab dulu masa bertunang dia tunjuk calonnya. Tak mahu terlalu beriya sebab nanti tak jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira akui bimbang emosi anak terganggu namun tidak campur urusan rumah tangga bekas suami

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Zara Zya dirisik tersebar... Netizen petik nama Alha Alfa sebagai bakal suami

“Alhamdulillah. Teringin nak makan nasi minyak Zara,” komen netizen.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada benar pelakon itu sudah bertunang atau sekadar gimik produk atau drama.

Usaha mStar bagi mendapatkan maklum balas Zara juga tidak berjaya apabila panggilam dan mesej yang dihantar tidak berjawab.

Sebelum ini, desas-desus Zara bertunang bertiup kencang apabila sekeping gambar memperlihatkan dia duduk di atas sofa sambil seorang wanita menyarungkan cincin ke jari manisnya tular di media sosial.

Untuk rekod Zara pernah bertunang dengan pelakon Hafreez Adam pada Oktober 2019 namun hubungan itu hanya bertahan selama sebulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain