suria

Lufya dedah isu nafkah sudah lama berlarutan di mahkamah, bekas suami dan Julia Farhana dakwa difitnah berdepan tindakan

Lufya bakal ambil tindakan susulan laporan polis yang dibuat Julia.

PELAKON Lufya Omar tidak akan berdiam diri dengan dua laporan polis dibuat bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz dan aktres Julia Farhana berhubung dakwaan difitnah olehnya.

Sebaliknya kata Lufya atau Lufya Sheikh Omar, 37, dia sendiri akan mengambil tindakan susulan bagi membersihkan namanya yang tercalar akibat tuduhan tersebut.

"Tentang isu yang hangat sekarang ini, saya akan buat sesuatu tentang laporan palsu itu. Doakan untuk saya dan anak supaya kami tenang menghadapi ujian ini.

"Apa boleh saya katakan ini adalah ujian Allah dan yakin Dia bersama orang-orang yang benar," katanya.

julia farhana 1

Julia dan Dr Che Hafiz mendakwa difitnah Lufya.

Lufya berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Isnin selepas Dr Che Hafiz dan Julia mendedahkan membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah.

Sementara itu, Lufya menjelaskan isu tuntutan nafkah anak terhadap Dr Che Hafiz sudah lama berlarutan di mahkamah dan ia masih belum selesai.

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Farhana buat laporan polis jadi mangsa fitnah Lufya Omar, dedah bakal berkahwin dengan Dr Che Hafiz

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami minta Lufya jangan menipu di media sosial, buat laporan polis fitnah isu nafkah anak

Jelasnya, sekiranya perkara itu tidak bermasalah dia sendiri tidak mahu membawa kes tersebut ke mahkamah bagi mendapatkan hak anak mereka.

"Kalau boleh selesai daripada awal, buat apa saya kena naik turun mahkamah tuntut nafkah anak?

"Bapa (Dr Che Hafiz) perlu berbincang dengan saya tanpa ada campur tangan yang lain. Kes dah bertahun dalam mahkamah. Insya Allah masa akan menjelaskan kebenaran," jelasnya.

che hafiz 1

Lufya dan Dr Che Hafiz dikurniakan seorang anak perempuan.

Terdahulu, Julia dan Hafiz berkongsi foto salinan laporan polis yang dibuat pada 7 November lalu mendakwa Lufya mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap mereka berdua.

Dr Che Hafiz dalam kenyataannya turut memohon bekas isterinya itu berhenti daripada membuat sebarang kenyataan fitnah di media sosial yang boleh menimbulkan spekulasi tidak benar.

Untuk rekod, Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun pasangan itu sah bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain