suria

Disamakan dengan tukang cuci, Chubb-E tak terasa hati dengan Diva AA - “Kenapa saya nak kena peduli apa orang kata?”

Azwan Ali tidak kenal siapa Chubb-E.

DISAMAKAN dengan pencuci tandas, pemenang Artis Baharu Lelaki Popular, Chubb-E tidak terasa hati dengan kata-kata hinaan yang dilemparkan pengacara sensasi Azwan Ali atau Diva AA terhadapnya.

Chubb-E atau pemilik nama penuh Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy, 21, menyedari dirinya baharu sahaja dikenali biarpun sudah tujuh tahun berada dalam industri seni.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa AC Mizal cakap tu betul, saya memang kurus” - Chubb-E syukur dapat perhatian selepas 7 tahun

"Jujur memang saya tak terasa hati langsung dan tak ambil serius walaupun ramai yang kata dia tidak sepatutnya kata macam tu pada saya.

"Saya dan keluarga hormat dengan beliau kerana dia orang lama dalam industri dan jauh berpengalaman serta hebat. Jadi logik kalau dia tak kenal saya.

"Mungkin bila timbul isu macam ni, ia akan jadi salah satu jalan untuk saya kenal dia dengan lebih rapat lagi," katanya kepada mStar.

Sebelum bergelar penyanyi, Chubby-E pernah menyertai rancangan kanak-kanak pada 2014 sehingga 2019.



Perkongsian Azwan di laman Twitter.

Sebelum ini, Azwan menerusi laman Twitter bertanya siapa artis yang memenangi kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) dan menyamakan penampilan dan wajah penyanyi lagu Padan Muka itu seperti tukang cuci.

Dalam pada itu, Chubb-E berkata, dia tidak mahu ambil peduli dengan kecaman itu dan menganggap ia lumrah sebagai anak seni.

"Dari dulu lagi saya tidak kisah dan tidak ambil peduli sekiranya kena kecam atau sebaliknya. Bukan sombong tetapi bagi saya, jika itu tidak menjejaskan rezeki dan tidak membuatkan peminat saya berpaling. Saya ok saja.

"Saya tengok peminat masih sama ja, malah akhir-akhir ini karier saya lebih mendapat sambutan. Kenapa saya perlu peduli apa orang nak kata," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Chubb-E memberitahu dia mengambil keputusan untuk menukar mod ‘private’ akaun Instagram bukan kerana takut dikecam netizen.

Sebaliknya, Chubb-E yang memiliki 99,000 pengikut di Instagram itu berkata, dia mahu melihat berapa ramai yang mula mengikutinya selepas kemenangan itu.

“Saya private akaun IG bukan sebab takut komen-komen negatif netizen, saya cuma nak tengok engagement setiap hari berapa orang follow selepas saya menang anugerah itu, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain