suria

Azwan Ali nasihat netizen bertenang, minta jangan laga-lagakan dengan Nabil - “Memang saya kecil hati... tapi sudah maafkan dia”

Mungkin cara dia keterlaluan walaupun dia sendiri tak sebut nama saya. Saya maafkan dia.

KECOH di media sosial sejak Ahad lalu membabitkan pengacara Nabil Ahmad yang dikatakan menyindir Azwan Ali secara langsung di konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim ketujuh.

Rata-rata netizen mempertikaikan tahap profesionalisme Nabil selaku pengacara apabila menjadikan karakter dan gaya percakapan Azwan sebagai bahan lawak.

Bagaimanapun Azwan, 54, atau lebih dikenali sebagai Diva AA berkata dia tidak melatah walaupun mengakui berkecil hati dengan perbuatan Nabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen puji imej ‘gagah’ Azwan Ali, suruh buang watak pondan - “Boleh hanyut pengacara lain.. silap-silap Nabil pun tenggelam!”

“Memang sebelum ni saya kecil hati... tapi sebenarnya saya sudah memaafkan Nabil selepas mengetahui hal yang sebenar.

“Kebetulan semalam (Isnin) saya ada berjumpa dengan Jihan Musa dan dia sudah ceritakan perkara sebenar yang berlaku ketika mereka berada dalam keadaan standby sebelum Nabil terlepas cakap.

“Jadi apabila Jihan pun sudah memberi penjelasan mengenai semuanya, saya memahami situasi kenapa Nabil cakap seperti itu, ” kata Azwan kepada mStar.



Perkongsian Azwan di Twitter.

Sebelum ini netizen melahirkan rasa marah terhadap Nabil kerana menyindir Azwan yang kini kembali aktif dalam bidang pengacaraan selepas muncul sebagai pengacara Lagu Cinta Kita 2 di TV3.

Kata netizen tindakan Nabil, 37, mengeluarkan ayat berkaitan selfie stick yang sememangnya sinonim dengan Azwan disifatkan sebagai kurang ajar.

“Not my level, shut up! Orang selalu pegang selfie stick tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam tulah, ” kata Nabil.

Mengulas lanjut mengenai kekecohan netizen di media sosial yang dilihat masih berlarutan, Azwan berharap agar ia dapat dihentikan segera.

Azwan juga menasihati peminat atau mana-mana pihak agar tidak melaga-lagakan dia dan Nabil sehingga boleh mencetuskan perbalahan antara mereka.

“Kepada pihak yang menjadi batu api sehingga Nabil naik angin... muhasabah la sebab orang macam ini la yang membuatkan industri semakin tunggang-langgang.

“Mungkin cara dia keterlaluan walaupun dia sendiri tak sebut nama saya. Tapi isu ini berpanjangan disebabkan mereka yang tidak bertanggungjawab, ” ujarnya.

Difahamkan, Azwan bakal muncul dalam salah satu segmen rakaman menerusi program MeleTOP yang dikendalikan oleh Nabil menerusi Astro Ria pada malam, Selasa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain