suria

Netizen puji imej ‘gagah’ Azwan Ali, suruh buang watak pondan - “Boleh hanyut pengacara lain.. silap-silap Nabil pun tenggelam!”

Penampilan berbeza Azwan Ali mendapat pujian ramai.

SELEPAS muncul menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua pada Ahad, nama pengacara Azwan Ali mula menjadi sebutan netizen.

Rata-rata terkejut dengan penampilan kemas Azwan atau dikenali sebagai Diva AA yang berambut pendek dan mengenakan sut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu cerita lama, kau yang sibuk!” - Diva AA dah tak kutuk TV3, sekarang ambil ‘job’ pengacara Lagu Cinta Kita

Menurut Azwan, 54, dia perlu bersikap profesional dalam melaksanakan tugas sebagai pengacara program televisyen tanpa perlu mengundang kontroversi.

"Memang orang kenal imej Diva AA dengan perwatakan pondan, lembut dan kuat mencarut.

Azwan bergandingan dengan Elly Mazlien sebagai pengacara.

"Tapi kali ini saya kena hormat tanggungjawab sebagai pengacara program yang bersesuaian dengan imej dan watak," katanya kepada mStar.

Menerusi saluran YouTube, nama Azwan menjadi topik perbualan netizen yang kagum dengan perubahan yang ditampilkannya ketika mengacarakan program Lagu Cinta Kita bersama Elly Mazlien.

"Azwan Ali 2020 terbaik... welcome back!

"Kalau Diva AA terus kekal macam ni, buang imej pondan... boleh hanyut pengacara lain. Silap-silap Nabil pun tenggelam.

"Jika dia terus dengan kegagahan macam ni aku percaya lagi banyak job dia akan dapat. Nak jadi Diva AA tu kat luar je la... apabila masuk TV jadi macam ni," demikian komen beberapa netizen.

Mas Idayu menjadi juri tetap Lagu Cinta Kita 2.

Bercerita lanjut tentang pujian netizen dengan imejnya itu, Azwan berkata dia bukan seorang yang hipokrit dan akan tetap menjadi diri sendiri.

"Kalau kita bergaya dan berpakaian smart semua untuk kerja, tak perlu kita menipu siapa kita di celah-celah masyarakat.

"Watak saya dekat luar pun lain cerita, saya taknak jadi hipokrit!" katanya.

Lagu Cinta Kita 2 bersiaran setiap Ahad pukul 8 malam dengan menampilkan Hael Husaini sebagai juri tetap bersama Mas Idayu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain