suria

Elizad keguguran selepas jalani proses IVF, akui merajuk hati dan berkurung - “Allah hadirkan rasa gembira itu hanya seketika”

Elizad reda belum dikurniakan rezeki anak dan tidak putus asa cuba mendapatkan zuriat.

IMPIAN pelakon Siti Elizad Sharifuddin ingin menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian apabila disahkan keguguran baru-baru ini.

Meskipun hanya merasai kegembiraan sementara, Elizad, 36, berkata dia tidak akan berputus asa dan terus berikhtiar mendapatkan zuriatnya sendiri.

"Assalamualaikum buat kesayangan semua, saya kembali dengan aura positif dan hati terbuka! Setelah merajuk hati dan berkurung... fitrah hamba mu Ya Allah, rasa sedih, down dan macam-macam.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Elizad dikritik kerap kongsi rawatan IVF, netizen nasihat banyakkan ibadah - “Tak perlu upload doa atas sejadah... itu rahsia saya dengan Allah”

"Tak tahu nak gambarkan perasaan bila perkataan 'you are pregnant' tu keluar... gembiranya hanya Allah saja tahu, tapi kandungan agak lemah dan berlaku pendarahan.

"Rasa sedikit tersentuh sebab kasihan suami dan keluarga orang yang paling gembira tapi Allah cuma hadirkan rasa happy itu hanya seketika. Bersangka baik!" katanya.

Elizad berkongsi berita sedih itu menerusi Instagram pada Isnin.



Elizad disahkan hamil minggu lalu.

Pada 27 Oktober lalu, Elizad memberitahu dia baharu saja selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ bagi meneruskan sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

Sebelum ini, Elizad meluahkan rasa syukur apabila proses pengambilan telur untuk rawatan IVF dalam usahanya untuk mendapatkan zuriat berjalan lancar.

Malah, penyampai radio Sinar FM ini juga pernah berjanji untuk berkongsi keputusan berkenaan proses tersebut.

Sekarang saya dah kembali, dah bersedia nak kerja macam biasa. Terima kasih untuk semua dapat macam-macam doa dan hadiah!

SITI ELIZAD

PELAKON

Bagaimanapun, Elizad tidak memuat naik sebarang perkembangan terbaharu mengenai rawatan tersebut.

"Apa pun saya tetap akan teruskan perjalanan IVF ini macam biasa sampai dapat, ikhtiar lagi. Saya akan kongsi perjalanan IVF saya selalu, sama ada berjaya atau pun tidak.

"Itu bukan masalah, yang penting ikhtiar. Terima kasih doktor, jururawat yang bantu saya setiap hari tanpa jemu. InsyaAllah saya akan datang lagi untuk kali kedua Januari ini.

"Terima kasih suami, keluarga, kawan-kawan terdekat, ustaz dan ustazah yang sanggup datang ke rumah bagi kata-kata semangat. Saya sangat hargai," ujarnya.



Elizad dan suami tidak putus asa dapatkan zuriat.

Dalam pada itu, Elizad turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan orang ramai mengenai tahap kesihatannya itu.

"Maaf untuk mereka yang saya tak jawab panggilan atau Whatsapp sebagainya. Saya dah move on nak cerita benda yang best dan positif sahaja.

"Sekarang saya dah kembali, dah bersedia nak kerja macam biasa. Terima kasih untuk semua dapat macam-macam doa dan hadiah. Allahuakbar terharu sungguh.

"Sekarang ni tengah siap-siap nak mengacara program dan dengarkan suara kami di Sinar ya... maknanya lepas ni dah boleh vroom vroom (tunggang motosikal) lah kan?" katanya.

Pelakon drama bersiri Jalan Sesat Ke Syurga itu mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain