suria

“Nomad kau komen sendirilah! Tak ada point nak potong dah” - Markah paling rendah, Nomad tersingkir minggu kelima GV7

Nomad tersingkir pada minggu kelima GV7.

PERJUANGAN penyanyi Nomad di pentas Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terhenti apabila diumum tersingkir pada konsert minggu kelima yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, malam Ahad.

Nomad yang menyanyikan lagu Kasih Latifah nyanyian asal Spider menerima markah terendah iaitu sebanyak 41.4 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Eva dan Indigo tersingkir biarpun terima komen positif juri, netizen sedih tiada lagi penyanyi berkumpulan di GV7

Mengulas mengenai persembahan Nomad, Datuk Ramli MS selaku juri tetap berkata, dia tidak dapat memberikan komen dan berpendapat nyanyian yang dipersembahkan pada malam ini adalah paling teruk.

Bagaimanapun dia memuji kesungguhan dan kerja keras yang ditunjukkan oleh penyanyi itu.



Linda berjaya ke minggu hadapan.

“Nomad kau komen sendirilah! Saya tak ada point nak potong dah. Terus terang markah awak paling rendah!

“Tapi awak sangat tekun, bekerja keras dan seorang yang gigih, ” kata Ramli.

Sementara itu, Datuk Khadijah Ibrahim turut memuji semangat Nomad yang tetap meneruskan persembahan tanpa putus asa meskipun melakukan beberapa kesilapan.

“Kalau awal tak dengar (muzik) kena ambil tindakan... walaupun awak buat kesilapan awak tetap teruskan, tak patas semangat untuk menghabiskan persembahan. Ambil ini sebagai pengajaran, kita sebagai penghibur akan buat kesilapan, ” komennya.

Noraniza Idris memberikan saingan kepada peserta di pentas GV7.

Minggu ini menyaksikan penyanyi Cliff Umar menerima markah tertinggi iaitu 74.8 peratus diikuti Ashira (73.6) dan Ayu Damit (72.8).

Selain itu, Noraniza Idris, Linda Nanuwil, Oja, Aju, Mus, Rozita Izlyn dan Yantzen berjaya ke minggu hadapan.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Ramli MS dan Khadijah Ibrahim serta juri jemputan minggu ini ialah Datuk Hattan.

GV7 dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juara Gegar Vaganza musim ketujuh bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain