suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helikopter terhempas dekat rumah... Sharifah Shahira terkejut ingat tanah runtuh - “Saya dalam bilik sedang bersiap, tiba-tiba...”

Shiera terkejut dengar bunyi dentuman kuat di kawasan rumah.

PENYAMPAI radio Suria FM, Sharifah Shahira berdepan detik menakutkan apabila terdengar bunyi dentuman kuat berdekatan kawasan rumahnya pada pagi Ahad.

Menurut Shahira atau lebih mesra disapa Shiera, semasa kejadian dia berada di dalam bilik dan bergegas keluar mencari punca bunyi tersebut.

Sehinggalah dia menerima maklumat bunyi itu akibat kejadian helikopter terhempas berdekatan kawasan kediamannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual baju terpakai, netizen minta Shiera sedekah sahaja - “Lama takde kes, ada balik parasite dalam IG aku”

“Lokasi kemalangan helikopter itu memang dekat dengan rumah saya... semasa kejadian saya berada dalam bilik sedang bersiap.

“Apabila dengar bunyi kuat itu terkejutlah juga sebab rumah kami kawasan berbukit, takut pula kalau tanah runtuh ke apa!



Perkongsian Shiera di laman sosial.

“Lagi risau apabila sekarang ni musim hujan, bila dengar bunyi kuat macam itu, memang risau... rupa-rupanya diberitahu ada helikopter terhempas.

“Sekarang ini jalan depan rumah pun tengah sesak teruk mungkin kerana orang ramai nak pergi ke lokasi kemalangan, ” katanya kepada mStar.



Nahas membabitkan helikopter pagi Ahad.

Pada pagi Ahad, dua buah helikopter bertembung dan terhempas di kawasan berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, Ampang, Kuala Lumpur.

Dua dilaporkan maut dalam nahas berkenaan yang dipercayai berlaku pada pukul 11 pagi itu.

Laporan awal menyatakan terdapat empat mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan di mana dua didapati tidak sedarkan diri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain