suria

Aina Abdul terpaksa berbohong dalam kostum Bunga Raya, sukar simpan rahsia selama 2 bulan - “Tiada niat tipu tapi dah sign kontrak”

aina abdul cover

JUARA The Masked Singer Malaysia musim pertama, Aina Abdul meluahkan rasa syukur di atas kemenangannya dalam program tersebut yang bersiaran pada malam Jumaat.

Setelah hampir dua bulan menyimpan rahsia, Aina berkata pengorbanannya itu membuahkan hasil apabila dia berjaya menewaskan lima peserta lain dalam program itu.

"Assalamualaikum semua... Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas kemenangan dan kejayaan yang tidak disangka-sangka ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri suara merdu terbongkar! Aina Abdul, Tuju K-Clique di sebalik kostum Bunga Raya dan Orang Utan!

"Ya Allah, susah Aina nak tahan rahsia ini hampir dua bulan.

"Aina juga nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua team produksi dan mereka yang berada di belakang Aina sepanjang program ini berjalan... semoga Allah SWT merahmati anda semua!" katanya menerusi laman Instagram.



Aina minta maaf terpaksa menipu sepanjang menyertai program ini.

Pada malam itu, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27, mendapat markah tertinggi daripada pihak juri selepas menyanyikan dua buah lagu iaitu Malam Ini Kita Punya nyanyian asal Bunkface dan Listen (Celine Dion).

Sementara itu, penyanyi lagu Semalam ini turut memohon maaf kepada orang ramai kerana terpaksa berbohong dan merahsiakan penglibatannya dalam program berkenaan.

Menurut Aina, ini kerana dia terikat dengan perjanjian dan kontrak dalam pertandingan tersebut.

Aina tiada niat nak tipu tapi Aina dah sign kontrak dan Aina kena patuhi... minta maaf ya!

AINA ABDUL

PENYANYI

"Aina minta maaf sangat-sangat dekat semua orang, keluarga, rakan-rakan dan semua pengikut disayangi.

"Aina tiada niat nak tipu tapi Aina dah sign kontrak dan Aina kena patuhi... minta maaf ya," ujarnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut berkata mereka sudah menjangka individu dalam kostum Bunga Raya itu ialah Aina Abdul.



Aina (kiri) menjadi juara musim pertama, tempat kedua milik Vanessa (tengah) dan Tuju K-Clique (kanan) tempat ketiga.

"Tahniah Aina. Agak dah!" kata Mira Filzah.

"Dah tahu dah... saja buat-buat tak tahu," tulis Indah Ruhaila.

"Hahaha... good job. Hebat sorok diri," komen pengacara program, Datuk AC Mizal.

Untuk edisi kali ini, bekas peserta Ceria Pop Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld yang menyarungkan kostum Rajah Brooke menduduki tempat kedua dan ahli kumpulan K-Clique, Tuju yang memakai kostum Orang Utan diumumkan memenangi tempat ketiga.

Penyanyi Datin Alyah yang memakai kostum Wau menduduki tempat keempat dan bekas juara Akademi Fantasia musim pertama, Vincent Chong di tempat kelima.

Persembahan peserta diadili oleh lapan orang juri iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain