suria

Ayda Jebat, Nabil Mahir nikah 1 Januari 2021 - “Saya pilih tarikh paling senang nak ingat”

Nabil dan Ayda bakal disatukan pada awal Januari ini.

PASANGAN selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada awal Januari tahun depan.

Menurut Nabil, 32, setelah memikirkan beberapa tarikh bersesuaian, mereka sepakat memilih 1 Januari kerana lebih mudah untuk diingati.

"Ini adalah pengumuman majlis perkahwinan kami iaitu pada 1 Januari 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen syak Ayda Jebat tinggal sebumbung dengan tunang, tapi ini alasannya - “Kita tak berani keluar sangat, baik jumpa di rumah”

"Saya pilih tarikh kahwin paling senang nak ingat... mulanya saya dah bagi beberapa tarikh tapi Ayda macam bagi cadangan lain sebab dia mungkin tak ingat date nanti.

"Kami harapkan keluarga, kawan-kawan dan peminat mendoakan yang terbaik untuk kami berdua," katanya.



Nabil pilih tarikh yang mudah untuk diingati oleh Ayda.

Nabil dan Ayda membuat pengumuman istimewa itu menerusi saluran YouTube mereka Wuvv Show pada pagi Sabtu.

Pada 28 April lalu, Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan secara atas talian selepas setahun menjalinkan hubungan istimewa.

Pasangan ini bertunang melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Pasangan ini bertunang secara atas talian.

Sebelum ini, Nabil melamar Ayda pada malam sambutan hari jadi penyanyi itu yang ke-28 pada 17 Mac lalu.

Dalam satu temubual, penyanyi lagu Temberang ini mengakui mula berkawan rapat dengan Nabil pada Ramadan tahun lalu dan menyimpan niat untuk menamatkan zaman bujang bersama pengacara itu.

"Memang saya mengharapkan hubungan kami sampai ke tahap ini. Saya tidak mahu membuang masa.

"Saya juga sudah berusia 28 tahun, tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua untuk berkahwin," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain