suria

Azzam Sham cabar diri ke bidang lakonan, bakal muncul dengan telefilem 'Matilanak Pontianak'

Azzam pertama kali digandingkan dengan Usop dan Qody dalam sebuah telefilem.

JUARA program Big Stage 2020 iaitu Azzam Sham mengakui bidang nyanyian dan lakonan memberi cabaran yang berbeza dalam karier seninya.

Menurut Azzam atau Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 23, lakonan memerlukan lebih tenaga dan mendalami watak dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin terbuka kongsi kisah cinta, Azzam Sham tak takut hilang peminat - “Sheryl sangat istimewa dalam hidup saya”

Azzam turut berkongsi pengalaman pertama kali bergandingan dengan rakan Big Stage iaitu Usop dan Qody Rany menerusi telefilem Matilanak Pontianak.

Azzam memberitahu mereka bertiga tidak berasa kekok berlakon bersama.

"Bagi saya, nyanyian dengan berlakon memang sangat berbeza. Kalau berlakon ini agak mencabar sikit sebab perlu buat berulang kali.

"Selain itu, saya kena mendalami watak dan paling penting tenaga perlu lebih. Untuk telefilem ini, memang mencabar sebab bergandingan dengan Usop dan Qody.

"Sebab personaliti mereka yang suka gurau-gurau dan tak serius tapi Alhamdulillah kami tak kekok... pengarah juga banyak membantu," katanya kepada mStar.

Sejujurnya, saya memang tak sangka akan dapat tawaran berlakon semula.

AZZAM SHAM

PENYANYI

Azzam, Usop dan Qody kini masih menjalani penggambaran telefilem arahan pengarah Azhari Zain dan bakal ditayangkan pada 6 Disember depan.

Dalam pada itu, Azzam menjelaskan telefilem tersebut bukanlah lakonan pertamanya memandangkan dia pernah berlakon selepas program Idola Kecil pada 2009.

Bagaimanapun penyanyi lagu Cinta Jangan Pergi ini meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang lagi untuk berlakon setelah sekian lama.

Telefilem lakonan mereka bakal ditayangkan pada DIsember depan.

"Mungkin ada yang ingat ini pertama kali saya berlakon tapi sebenarnya tak. Saya pernah berlakon ketika zaman saya Idola Kecil lagi.

"Sejujurnya, saya memang tak sangka akan dapat tawaran berlakon semula. Pada mulanya Astro yang cadangkan nama saya.

"Selepas itu saya dapat panggilan terus dari pengarah telefilem ni. Secara peribadi, saya tetap akan fokus pada bidang nyanyian.

"Kalau ada rezeki berlakon atau pengacara, Insya-Allah saya tak tolak," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain