suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima tahun berkahwin, Henry Golding umum bakal jadi ayah

Henry Golding umum berita gembira di Facebook pada Jumaat.

LIMA tahun mendirikan rumah tangga dengan selebriti Taiwan iaitu Liv Lo, pelakon yang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding mengumumkan bakal menimang anak pertama.

Henry berkongsi berita gembira itu di Facebook pada Jumaat bersama foto memperlihatkan perut isterinya yang semakin membesar.

ARTIKEL BERKAITAN: Henry Golding Ingat Asal Usul

Bintang filem Crazy Rich Asians itu juga memberitahu tahun hadapan bakal menjadi lebih baik buat dia dan isteri.

“Tahun 2021 sudah mula nampak cerah” ujarnya bersama emoji hati dan bayi.

Rata-rata peminat dan rakan-rakan mengucapkan tahniah dan mendoakan proses kehamilan isterinya berjalan lancar.

Posting tersebut menerima lebih 8,000 tanda suka dan 500 komen.

Henry berkahwin dengan Liv Lo pada tahun 2016 selepas enam tahun bercinta.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain