suria

Zizan Razak jadi ‘hero’ bantu wanita kereta rosak tengah jalan - “Bagus mu ni... nak juga ambil tahu walaupun mu retis”

Tindakan Zizan membantu seorang wanita di tengah jalan raya dapat perhatian netizen.

PERKONGISIAN video pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak sedang membantu seorang wanita dalam kesusahan di laman Instagram miliknya pada Jumaat menarik perhatian.

Video berdurasi hampir tiga minit itu memperlihatkan wanita tersebut berdepan dengan masalah kereta dan tersadai di tengah jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersadai 30 minit di simpang jalan, Zizan Razak bantu orang awam selamatkan pemandu tertidur dalam kereta

Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, bertindak memberhentikan keretanya di tepi jalan bagi memberi bantuan kepada wanita berkenaan.



Zizan berkongsi video itu di laman Instagram miliknya.

Pelakon filem Abang Long Fadil ini berkata, dia dan rakan-rakannya hanya memberikan bantuan sekadar yang termampu.

"Bayangkan kalau itu keluarga kita. Ringankan beban hulurkan bantuan. Tapi kadang-kadang ada hari yang kita mampu tolong dan kadang-kadang ada hari yang kita tidak mampu tolong.

"Sekurang-kurangnya kita cuba tolong. Rasanya kereta akak ini gearbox problem kot," kata Zizan.

Zizan turut berkongsi video dia bersama rakannya menolak kereta wanita tersebut ke tempat yang lebih selamat.

Bayangkan kalau itu keluarga kita. Ringankan beban hulurkan bantuan.

ZIZAN RAZAK

PELAKON

Rata-rata netizen di ruang komen mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut dan memuji sikap Zizan dan rakannya yang sentiasa melakukan amalan mulia.

"Terbaik... semoga dipermudahkan segala urusan kita semua hari ini.

"Zizan ini seorang yang prihatin la... ini contoh yang baik untuk semua orang.

"Bagus mu ini Zizan... nak juga ambil tahu walaupun mu retis (artis).



Netizen puji Zizan seorang yang prihatin terhadap kesusahan orang lain.

"Bagus... sentiasa amalkan amalan-amalan murni seperti ini," antara beberapa komen yang ditinggalkan netizen.

Sebelum ini, tindakan Zizan dan beberapa orang awam mengejutkan seorang pemandu kereta yang tertidur di sebuah persimpangan jalan raya turut mendapat pujian.

Menerusi laporan mStar pada 1 Oktober tahun lalu, Zizan memberitahu pemandu kereta itu dalam keadaan bahaya dan menganggu lalu lintas apabila dilihat tidak sedarkan diri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain