suria

Misteri suara merdu terbongkar! Aina Abdul, Tuju K-Clique di sebalik kostum Bunga Raya dan Orang Utan!

Aina Abdul dan Tuju K-Clique suara di sebalik kostum Bunga Raya dan Orang Utan.

MISTERI suara merdu terbongkar selepas penyanyi Aina Abdul yang memakai kostum Bunga Raya diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim pertama yang disiarkan pada malam Jumaat.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27, mendapat markah tertinggi daripada pihak juri selepas menyanyikan dua buah lagu iaitu Malam Ini Kita Punya nyanyian asal Bunkface dan Listen (Celine Dion).

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan simpan rahsia, rupa-rupanya Eina Azman dalam kostum Rafflesia - “Saya minta maaf sebab tak jujur!”

Sementara itu, bekas peserta Ceria Pop Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld yang menyarungkan kostum Rajah Brooke menduduki tempat kedua.

Manakala, ahli kumpulan K-Clique, Tuju yang memakai kostum Orang Utan diumumkan memenangi tempat ketiga.

Bekas peserta Ceria Pop Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld yang menyarungkan kostum Rajah Brooke

Penyanyi Datin Alyah yang memakai kostum Wau menduduki tempat keempat dan bekas juara Akademi Fantasia musim pertama, Vincent Chong di tempat kelima.

Persembahan peserta pada malam itu diadili oleh lapan orang juri tiaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak.

Malam final turut menyaksikan kemunculan penyanyi juga komposer Mark Adam hadir mengisi kerusi Zizan Razak sebagai juri.

Alyah di sebalik costume Wau.

Rancangan yang bersiaran selama sembilan minggu itu dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk AC Mizal.

Tujuh selebriti tersingkir pada minggu sebelum ini terdiri daripada Hairul Azreen (Ayam Jantan), Yana Samsuddin (ABC), Chiwan Cilok (Rhino), Datuk Mirnawan Nawawi (Nasi Lemak), Zain Hamid (Musang King), Ebby Saiful (Rimau) dan Datin Paduka Eina Azman (Rafflesia).

The Masked Singer Malaysia merupakan program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain