suria

Kongsi foto lama, Aliff Syukri ditanya tentang perubahan pada hidung - “Saya tak larat nak ulas benda sama”

Aliff kongsi wajah ketika dia berusia 16 tahun.

PERKONGSIAN foto usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ketika dia masih remaja mengundang pertanyaan netizen mengenai perbezaan pada bahagian wajahnya.

Menyedari komen yang ditinggalkan itu, Aliff berkata dia sudah bosan untuk menjawab soalan sama mengenai hal itu.

Dia turut berasa hairan kerana orang ramai hanya gemar mencari kesilapan pada dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri kembali ke pangkuan isteri selepas 4 bulan berasingan - “Doakan saya dan keluarga bahagia semula. I'm back!”

"Saya tidak larat untuk mengulas benda yang sama... penat manusia sentiasa cari salah saya sahaja.

"Kenapa dan sebab apa saya tidak pasti... baiklah, muka awak yang lawa, muka awak yang sempurna sebab tu dalam gambar ni tak ada muka awak," katanya.



Aliff jawab komen netizen di Instagram.

Aliff menjawab beberapa soalan yang ditinggalkan oleh pengikut di laman Instagram pada Ahad.

Kebanyakan komen yang ditulis ialah mengenai perubahan pada bahagian wajah terutamanya hidung Aliff yang dikatakan semakin mancung.



Aliff bersama isteri Datin Seri Nur Shahidah.

"Hidung lain... Datuk buat hidung ke?

"Lainnya muka ingat siapalah tadi. Banyak beza muka, sekarang hidung dah mancung, masa ni belum buat lagi.

"Yang tanya fasal hidung tu, rasanya ada kaitan dengan pembedahan Datuk buat, dia pernah kemalangan dan alami kecederaan teruk pada muka!" komen pengikut.

Sebelum itu, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini berkongsi foto lama yang disimpan ketika dia berusia 16 tahun.

"Terjumpa gambar lama... ini zaman aplikasi Friendster dan MySpace saya guna nama glamor masa tu Putra Aqashi133... masa ni umur saya 16 tahun saya duduk kat Club Golf Monterez Subang," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain