suria

Eva dan Indigo tersingkir biarpun terima komen positif juri, netizen sedih tiada lagi penyanyi berkumpulan di GV7

Indigo dan Eva tersingkir biarpun menerima komen positif.

DUA kumpulan iaitu Eva dan Indigo tersingkir di konsert minggu keempat Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

Biarpun Indigo yang menyanyikan lagu Hidup Dalam Mati (Syamel) menerima pujian daripada juri tetap iaitu Datuk Khadijah Ibrahim namun markah 55.2 peratus yang diperolehi tidak melayakkan kumpulan itu ke peringkat seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua terselamat konsert minggu ketiga GV7 kerana Yantzen tak bertanding - “Dia sakit tak boleh nak elak, tak patut ada penyingkiran”

"Minggu ini anda melakukan yang terbaik. Alhamdulillah... anda buat homework, banyak latihan sebab bukan perkara yang senang untuk dapatkan harmoni.



Eva menerima markah paling rendah.

"Tapi faham pertandingan ada gementar tapi anda dah lakukan yang terbaik. Saya sangat gembira," komen Khadtijah kepada Indigo.

Eva yang menyampaikan lagu Kini (Feminin) mendapat markah terendah iaitu 55 peratus juga terpaksa akur dengan penyikiran tersebut dan berharap peminat terus menyokong mereka selepas pertandingan ini.

Bagaimanapun rata-rata netizen di laman Twitter meluahkan rasa sedih apabila tiada lagi kumpulan yang akan bersaing di pentas GV7.

Tapi faham pertandingan ada gementar tapi anda dah lakukan yang terbaik.

DATUK KHADTIJAH IBRAHIM

JURI TETAP

Sementara itu penyanyi Muss menerima markah tertinggi iaitu 74.6 peratus diikuti Linda Nanuwil (74.4%) dan Noraniza Idris (72%)

Pads konsert minggu keempat, Ayu Damit menyanyikan lagu Jahat (Stacy), Cliff Umar (Dialah Di Hati/Datuk Seri Siti Nurhaliza), Noraniza Idris (Saat Kuidamkan/ Amy Search), Oja (Kebahagian Dalam Perpisahan) dan Rozita Izlyn (Ku Seru/Misha Omar).

Manakala Nomad (Rahsia Perempuan/Ari Lasso), Aju Sucess (Pusara Di Lebuhraya), Muss (Dan Sebenarnya/Yuna), Linda Nanuwil (Kemarin/Seventeen), Yantzen (Malam Ini Kita Punya) dan Ashira (Cinta Beralih Arah/Aishah).

Kesemua peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri jemputan minggu ini ialah Jennifer Thompson.



Muss mendapat markah paling tinggi di konsert minggu keempat.

GV7 dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Dalam pada itu, segmen kongsi rezeki menyaksikan penyanyi A Razak Ismail menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.

Anugerah Digi Next Level dimenangi oleh Rozita Izlyn manakala pemenang Bintang Cuckoo turut menjadi milik Aju Success.

Juara Gegar Vaganza musim ketujuh bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain