suria

ABPBH33 akan berlangsung tanpa kehadiran penonton

Zizi Kirana (tengah) bersama Hafiz Suip ketika sidang media ABPBH33 pada Ahad.

BUAT pertama kali, malam kemuncuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 akan diadakan secara langsung tanpa kehadiran penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 13 November depan.

Menurut Pengarang Berita Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Penganjur ABPBH33, Shamshul Azree Samshir, keputusan itu dibuat disebabkan krisis pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah paling popular! Menang besar di ABPBH32

Tambahnya lagi, pihak produksi dan penganjur juga akan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) seperti yang disarankan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Nabila Huda dan AC Mizal selaku pengacara ABPBH33.

"Apabila kami membuat keputusan untuk adakan ABPBH pada tahun ini, kami sedar keadaan sekarang pandemik Covid-19. Jadi, segala yang berkaitan SOP sudah tentu perlu dipatuhi.

"Kami juga akan sentiasa mengikut saranan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan pihak berkenaan. Kami akan pastikan setiap tempat dibersihkan.

"Untuk penganjuran kali ini, kami memutuskan pada malam kemuncak ABPBH nanti tidak akan ada penonton dan kelab peminat seperti sebelum ini.

"Keputusan itu dibuat demi menjaga keselamatan dan penjarakan sosial. Tidak mahu nanti ada timbul isu-isu tidak sepatutnya," katanya kepada mStar.

Kami juga akan sentiasa mengikut saranan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan pihak berkenaan.

SHAMSHUL AZREE SAMSHIR

PENGARANG BERITA HIBURAN BH

Shamshul Azree Samshir berkongsi perkara itu ketika sidang media ABPBH33 yang diadakan secara maya bersama media pada Ahad.

Turut hadir, Penerbit Eksekutif ABPBH 33, Nurhul Huda Khalid, pengacara ABPBH33, Datuk AC Mizal, hos segmen karpet merah, Sissy Imann serta penyanyi, Hafiz Suip dan Zizi Kirana.

Sidang media virtual yang disiarkan di Facebook (FB) BH Online dan TV3, turut dijayakan seorang lagi pengacara ABPBH33, Nabila Huda.



Sissy Imann menggalas tanggungjawab sebagai hos karpet merah ABPBH33.

Dalam pada itu, Nurhul Huda Khalid memberitahu penyampai anugerah juga dihadkan dan terdiri daripada pemenang ABPBH sebelum ini.

"Penyampai anugerah hanya seorang sahaja di setiap segmen dan dia akan menyampaikan dalam dua atau tiga anugerah sekaligus.

"Kita pilih dalam kalangan mereka yang pernah memenangi anugerah ABPBH antaranya Ramlah Ram, Wany Hasrita, Zul Ariffin, Datuk Rosyam Nor dan Saiful Apex," ujarnya.

Malam kemuncak ABPBH33 akan disiarkan secara langsung di saluran Tonton, YouTube TV3 dan BH termasuk laman web ABPBH bermula pukul 9 malam pada 13 November depan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain