Mira Filzah paling popular! Menang besar di ABPBH32 - Hiburan | mStar

Mira Filzah paling popular! Menang besar di ABPBH32

Mira Filzah diumum sebagai Bintang Paling Popular ABPBH32.

PELAKON Mira Filzah menepati ramalan apabila diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Nissan X-Trail berserta trofi.

Selain membawa pulang trofi utama, pelakon drama Sweet Dreams ini turut merangkul dua anugerah iaitu Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Syafiq Kyle bawa pulang trofi Pelakon TV Lelaki Popular.

Sementara itu, penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid berjaya merampas semula trofi kategori Penyampai Radio Popular yang pernah dimenanginya pada 2016.

Penyanyi Siti Nordiana memenangi dua kategori iaitu Penyanyi Wanita Popular Duitnow dan Pengacara TV popular manakala penyanyi Khai Bahar membawa pulang trofi Penyanyi Lelaki Popular Duitnow.

Penyanyi Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini membuktikan mereka adalah pasangan serasi apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Duo/ Berkumpulan Popular.

Suami kepada pelakon terkenal Nur Fazura iaitu Fattah Amin memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular mengalahkan Remy Ishak, Syafiq Kyle, Zizan Razak dan Zul Ariffin.

Pelakon Janna Nick buat pertama kali membawa pulang trofi kategori Artis Versatil Popular.

Siti Nordiana menang kategori Pengacara Popular dan Penyanyi Wanita Popular.

Bagi kategori Artis Baharu Popular, pelakon baharu Adam Lee muncul sebagai pemenang.

ABPBH32 pada tahun ini turut memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Artis Korea Popular yang dimenangi oleh kumpulan BTS manakala Artis Indonesia Popular milik pelakon Laudya Cynthia Bella.

Dalam pada itu, kumpulan nasyid terkenal iaitu Raihan diberikan Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat.

Malam kemuncak anugerah popular itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein manakala acara itu turut diserikan dengan persembahan daripada Stacy, Sufian Suhaimi, DeFam, Zizan Razak, Ismail Izzani, Andi Bernadee dan Raihan.

Berikut adalah senarai penuh ABPBH32.

1) BINTANG PALING POPULAR: MIRA FILZAH

2) PENYANYI LELAKI POPULAR DUIT NOW: KHAI BAHAR

3) PENYANYI WANITA POPULAR DUITNOW: SITI NORDIANA

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: HAEL HUSAINI & DAYANG NURFAIZAH

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: ADAM LEE

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: HANEESYA HANEE

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: FATTAH AMIN

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: MIRA FILZAH

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: SYAFIQ KYLE

10) PELAKON TV WANITA POPULAR ALHA ALFA: MIRA FILZAH

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ZIZAN RAZAK

12) PENGACARA TV POPULAR: SITI NORDIANA

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: DJ LIN (SURIAFM)

14) ARTIS VERSATIL POPULAR: JANNA NICK

15) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: RAIHAN

16) ARTIS INDONESIA POPULAR: LAUDYA CYNTHIA BELLA

17) ARTIS KOREA POPULAR: BTS

Kategori Online

1) GANDINGAN SERASI DRAMA POPULAR: REMY ISHAK & MIRA FILZAH

2) GANDINGAN SERASI FILEM POPULAR: SYAFIQ KYLE & HANA DELISHA

3) PELAKON WATAK ANTAGONIS POPULAR: SYUKRI YAHYA

4) ARTIS SENSASI POPULAR: HAQIEM RUSLI

5) LAGU PALING BOOM: SELAMAT TINGGAL SAYANG (HAQIEM RUSI)

Artikel Lain