“Untungnya masih ada mama” - Netizen ‘cemburu’ Risteena dapat peluang jaga ibu sakit - Hiburan | mStar

“Untungnya masih ada mama” - Netizen ‘cemburu’ Risteena dapat peluang jaga ibu sakit

Risteena yang menjaga ibunya ketika sedang sakit membuatkan netizen sebak.

PELAKON Nur Risteena meluahkan rasa gembira apabila berpeluang menjaga ibunya, Che Bunga Salleh yang patah pergelangan tangan selepas terbabit dalam satu kemalangan pada awal minggu lalu.

Menurut Risteena, pengalaman menjaga ibunya itu membuatkan dia lebih menghargai pengorbanan insan yang terpaksa bersusah payah dan bersabar dalam menjaga dan membesarkan dia dan adik-beradik lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kepala terhantuk kuat di dashboard, trauma nak memandu” - Risteena kongsi detik cemas ketika kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Ruhainies patah pergelangan tangan, keluarga terlibat kemalangan selepas sambutan hari lahir bapa

“Mama, baby doakan mama cepat sembuh, panjang umur, diberi kesihatan yang baik, hilang segala kesakitan, dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini, dijauhkan daripada sifat dengki manusia, dirahmati dan tabah menghadapi ujian Allah selain dipermudahkan segala urusan.

“Rasa beruntung sangat dapat jaga mama masa mama sakit ni. Dapat peluang jaga mama seperti mana mama jaga baby masa kecil.

Rata-rata netizen memuji sikap Risteena menjaga ibunya yang sedang sakit.

“Kami semua sayang mama. Jom kita balik rumah cepat ya. Banyak plan untuk kita pergi food hunting, jalan-jalan dan bercuti.

“Kita ada sebuah keluarga besar yang gembira. Tiada apa-apa yang boleh mengubah itu. Semoga Allah sentiasa melindungi mama dan abah,” tulisnya.

Risteena berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram.

Terdahulu, tindakan Risteena meluangkan masa menjaga dan menyiapkan ibunya beberapa jam sebelum memasuki bilik pembedahan membuatkan netizen berasa sebak dan tersentuh.

“Terbaik... awak anak yang baik.

Rasa beruntung sangat dapat jaga mama masa mama sakit ni. Dapat peluang jaga mama seperti mana mama jaga baby masa kecil

NUR RISTEENA

Pelakon

“Saya doakan agar ibu Risteena cepat sembuh. Sesungguhnya Risteena adalah anak yang baik dan syurga buat kamu Risteena.

“Untungnya masih ada mama... sedih tengok. Teringat arwah. Al-Fatihah mama,” tulis netizen.

Ahad lalu, Risteena berdepan detik cemas selepas kereta jenis Kia Sportage yang dinaikinya bersama keluarga terbabit kemalangan.

Sebuah kereta dikatakan tiba-tiba muncul dari arah hadapan sehingga menyebabkan kepalanya terhantuk kuat.

Kemalangan yang berlaku di Jalan Tun Razak itu turut menyebabkan bapanya mengalami bengkak di kepala dan adik-beradik lain mengalami sakit pada bahagian badan.

Manakala ibunya patah pergelangan tangan dan baharu selesai menjalani pembedahan pada Sabtu.

Risteena , kemalangan

Artikel Lain