Popular 'cover' lagu Di Matamu, Uriah See kini kembangkan bakat di China - Hiburan | mStar

Popular 'cover' lagu Di Matamu, Uriah See kini kembangkan bakat di China

Uriah See wakil Malaysia dalam Pertandingan Opera “Super Vocal Musim Kedua” rancangan realiti popular di China.

SELEBRITI Youtube yang mendapat perhatian apabila menyanyikan semula lagu Di Matamu, Uriah See menjadi satu-satunya wakil Malaysia di pertandingan Opera Super Vocal musim kedua yang kini popular di China.

Uriah berkata, pemilihannya bersama 35 peserta daripada seluruh dunia berentap di pentas antarabangsa merupakan peluang terbaik untuk dia mencipta nama. 

Uriah See ingin cuba nasib di luar negara.

“Muzik adalah sesuatu bidang yang saya minati dan mencabar diri sejak kecil lagi. Apabila dipilih menyertai Opera Super Vocal musim kedua, saya rasa amat terharu dan teruja kerana muzik klasik genre yang sukar dan memerlukan saya berusaha keras," ujarnya. 

Selain bidang nyanyian, artis yang bernaung di bawah pengurusan Idea Music Entertainment ini menceburkan diri dalam bidang lakonan menerusi drama bersiri Fried Rice Paradise di Singapura.

Pengenalan pertamanya sebagai pelakon mendapat perhatian ramai apabila drama tersebut meraih tontonan melebihi 1.9 juta dalam tempoh dua bulan sahaja.

Dalam pada itu, anak kelahiran Johor ini juga mula berjinak-jinak sebagai komposer apabila mencipta lagu Listen to Your Inner Voice, nyanyian Victor Wong dan Azora Chin.

Uriah berjanji akan terus melebarkan sayap hingga ke peringkat antarabangsa dan sekali gus mengharumkan nama negara.

Uriah See , penyanyi serba boleh

Artikel Lain