suria

“Selepas 35 tahun baru tahu ada maksud baik” - Iedil Putra lebih tenang selepas tukar nama Iedil Dzuhrie Alaudin

Eidil akui berasa lebih tenang setelah menukar nama baharu Eidil Dzuhrie Alaudin.

KEPUTUSAN pelakon Iedil Putra menukar nama dan mahu dikenali sebagai Iedil Dzuhrie Alaudin menerima pelbagai reaksi peminat.

Ada yang berpendapat nama tersebut terlalu panjang dan sukar untuk disebut memandangkan mereka sudah mengenali Iedil dengan nama pentas Iedil Putra.

Terbuka dengan komen peminat, pelakon filem Interchange ini berkata dia sudah bersedia dengan apa jua pandangan dan percaya lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan nama baharunya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak beri tekanan kepada Iedil Putra untuk punyai zuriat selepas 3 tahun kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Iedil Putra Mahu Popular Kerana Bakat

"Selepas saya umumkan tukar nama, memang ada yang tanya kenapa panjang sangat, tapi bagi saya nama itu tak ada masalah sebab ada artis lain turut memiliki nama yang panjang.

"Saya percaya kalau mereka minat, mereka akan tetap menyokong dan lama-kelamaan akan terbiasa dengan nama Iedil Dzuhrie Alaudin itu.

Iedil mahu mengangkat nama bapa.

"Lagipun nama panggilan saya masih kekal sama iaitu Iedil, rasanya tak ada masalah," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Iedil mengakui dirinya berasa lebih tenang kerana impian untuk mengangkat nama bapa akhirnya tercapai.

"Selepas tukar nama, saya rasa lebih tenang! Memang sudah lama terdetik di hati saya untuk mengangkat nama arwah bapa iaitu Alaudin kerana dia yang memperkenalkan saya dengan industri seni ini.

Barisan pelakon filem Motif.

"Sebelum ini saya tak pernah guna nama Dzuhrie sebab rasa agak geli bila dengar, tapi sekarang baru saya tahu dalam bahasa Arab ia bermaksud kecantikan atau ketampanan.

"Setelah 35 tahun, baru saya tahu nama itu mempunyai maksud yang baik dan indah. Insya-Allah saya akan terus membawakan nama ini sebaiknya," ujarnya.

Selepas tukar nama, saya rasa lebih tenang! Memang sudah lama terdetik di hati saya untuk mengangkat nama bapa, Alaudin!

Iedil Dzuhrie Alaudin

PELAKON

Dalam perkembangan terbaru, Iedil bakal muncul dalam filem arahan Nadiah Hamzah iaitu Motif yang berkisarkan tentang misteri pembunuhan seorang gadis.

Selain Iedil, Motif turut dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Taqim Zaki dan Sharifah Amani.

Filem tersebut akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 26 September depan.

Artikel Lain