suria

Jalan cerita ‘Hati Yang Tersakiti’ didakwa tak original, poster pula sama dengan drama Thailand... ini komen Nad Zainal!

Poster drama Hati Yang Tersakiti dikatakan meniru drama Thailand.

SELEPAS dikatakan meniru jalan cerita sebuah drama popular dari Korea Selatan, kali ini poster drama Hati Yang Tersakiti turut mengundang kontroversi.

Ia selepas seorang pengguna laman sosial memuat naik persamaan poster drama tersebut dengan sebuah drama dari Thailand.

Menjawab dakwaan netizen itu, pelakon utama drama berkenaan, Nad Zainal berkata dia dan barisan pelakon lain tidak mengetahui mengenai persamaan itu sehinggalah ia menjadi tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal bakal timang anak kedua, kini hamil empat bulan - “Doakan perjalanan kali ini semudah yang pertama”

ARTIKEL BERKAITAN: Adegan Uqasha Senrose tak buka seluar ketika bersalin dikritik tak logik, ini penjelasan Micheal Ang - “Sudah tentu saya nak jaga aurat”

"Sejujurnya saya sebagai pelakon memang tak tahu menahu mengenai perkara ini kerana kita dapat skrip dan berlakon sahaja.

"Biasalah kalau sesebuah drama itu ada persamaan tema tapi jalan cerita akan ada kelainan... ada yang sudah tonton cerita dari negara luar itu dan mereka kata jalan cerita tak sama.



Nad Zainai membawakan watak Mona dalam drama Hati Yang Tersakiti.

"Saya sebagai pelakon tak terkesan dengan isu yang dibangkitkan dan dalam masa sama tidak juga mempromosikan drama ini," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, netizen mendakwa drama arahan Feroz Kader ini meniru jalan cerita drama Korea The World of the Married.

Malah, poster drama turut dikatakan meniru sebuah drama dari Thailand apabila memperlihatkan susunan gambar pelakon dan warna baju yang hampir sama.

Selain Nad, drama yang mula ditayangkan di Slot Samarinda TV3 pada 15 Oktober lalu turut dibintangi oleh Remy Ishak dan Mimi Lana.

Nak kata wujud tak perempuan macam Mona tu saya tak dapat nak komen.

NAD ZAINAL

PELAKON

Sementara itu, Nad mendedahkan ramai penonton terkesan dengan watak Mona yang dibawanya dalam drama tersebut.

Segelintir mereka berkongsi perasaan sehinggakan ada yang tidak henti memberi nasihat, semangat dan sebagainya melalui mesej peribadi di Instagram.

"Mungkin saya berjaya membawa watak itu dengan baik sehinggakan mereka menggangap seperti saya benar-benar berada dalam situasi tersebut.

"Nak kata wujud tak perempuan macam Mona tu saya tak dapat nak komen kerana sejujurnya saya pun tak sekuat itu.

"Jika saya diletakkan di situasi seperti itu, saya rasa saya sejenis yang percaya pada naluri hati dan saya akan siasat dengan cara saya sendiri," ujarnya.



Lakonan mantap antara Mimi, Remy dan Nad meninggalkan kesan kepada penonton.

Dalam pada itu, Nad berkata dia teruja apabila diberi peluang membawakan watak mencabar itu sehingga membuatkan penonton turut sama beremosi.

"Watak Mona sangat berbeza dengan diri saya yang sebenar, jadi untuk membawa watak ini saya akui perlukan lebih penghayatan.

"Ia juga sangat berbeza dari watak-watak yang pernah saya lakonkan sebelum ini... sangat mencabar bagi saya untuk bawak watak penyabar dan naif.

"Kami betul-betul tak sangka drama ini akan jadi bualan sampai trending di media sosial. Malah, penonton turut sama beremosi menonton setiap episod dalam drama ini," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain