suria

Lebih 10 akaun palsu guna nama Jep Sepahtu dan Sari Yanti... ada miliki 200,000 pengikut - “Tolong padam kalau tidak saya ambil tindakan”

Jep berang akaun palsu guna namanya dan isteri.

PELAWAK Jep Sepahtu berang apabila menyedari terdapat lebih 10 akaun palsu di Facebook dan Twitter yang menggunakan namanya dan isteri yang juga pelakon, Sari Yanti.

Menurut Jep, dia hanya memiliki satu akaun di Facebook dan isterinya tidak pernah menggunakan kedua-dua laman sosial berkenaan.

"Assalamualaikum... untuk makluman semua, ini di antara akaun palsu di Facebook dan Twitter yang menggunakan nama saya dan isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah dapat sepasang” - Jep Sepahtu syukur Sari Yanti selamat lahir anak lelaki

"Saya tiada sebarang akaun di Twitter dan hanya ada satu page account di Facebook.

"Isteri saya pula tiada sebarang akaun di Twitter dan juga Facebook," katanya menerusi Instagram pada Sabtu.

Perkongsian Jep mengenai akaun palsu di laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik paparan skrin akaun palsu yang menggunakan namanya tanpa kebenaran.

Akaun berkenaan dilihat memiliki lebih 1,000 pengikut dan salah satu akaun di Facebook itu mengumpul lebih 200,000 pengikut.

Saya mohon akaun-akaun yang menggunakan nama saya dan isteri tolong padam.

JEP SEPAHTU

PELAWAK

Sementara itu, penyampai program radio Pagi di Sinar ini meminta pemilik akaun tersebut memadam laman sosial berkenaan.

Malah, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.

"Saya mohon akaun-akaun yang menggunakan nama saya dan isteri tolong padam.



Ada akaun palsu memiliki lebih 200,000 pengikut.

“Kalau tidak saya terpaksa ambil tindakan... kalau surat dah sampai maaf je la ya," ujarnya.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan ada yang menyangka akaun palsu itu dikendalikan oleh Jep.

"Banyaknya palsu... bukan sikit, ramai pula tu follower.

"Ambil saja tindakan terhadap mereka, dah melampau! Akaun palsu tapi macam real... tertipu," tulis pengikut.

Hasil carian di Facebook mendapati Jep memiliki satu akaun rasmi iaitu Jep Sepahtu memiliki 1.4 juta pengikut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain