suria

“Dah dapat sepasang” - Jep Sepahtu syukur Sari Yanti selamat lahir anak lelaki

Jep Sepahtu meluahkan rasa syukur apabila isterinya Sari Yanti selamat menimang anak lelaki pada Sabtu.

PELAWAK Jep Sepahtu menimang cahaya mata kedua selepas isterinya, pelakon Sari Yanti selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Sabtu.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nazri Zainal Abidin, 35, berkongsi khabar gembira itu di Instagram pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami keguguran tahun lalu, Sari Yanti kini hamil enam bulan - “Kami sedang tunggu kehadiran ahli baru”

"Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar," tulis Jep ringkas.

Menerusi perkongsian itu Jep turut meletakkan tanda pagar #anakabah #babyboy #662020.



Jep bersama isterinya, Sari Yanti dan anak mereka Dariya Inara.

Sementara itu, peminat dan beberapa rakan artis turut memberi ucapan tahniah kepada pasangan itu.

"Dah dapat sepasang. Telinga tu cerah masa depan tu," ujar pelakon Sharifah Shahira.

"Alhamdulillah, tahniah Jep," tulis Tomok yang juga baru menimang cahaya mata ketiga pada 4 Jun lalu.

"Alhamdulillah, tahniah syukur," ujar Shuib Sepahtu.

Jep dan Sari mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.

Pasangan itu turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Dariya Inara yang berusia dua tahun.

Sari Yanti mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq menerusi perkahwinan terdahulu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jep Sepahtu, Sari Yanti

Artikel Lain