Alami keguguran tahun lalu, Sari Yanti kini hamil enam bulan - “Kami sedang tunggu kehadiran ahli baru” - Hiburan | mStar

Alami keguguran tahun lalu, Sari Yanti kini hamil enam bulan - “Kami sedang tunggu kehadiran ahli baru”

Sari Yanti berkongsi berita gembira kepada peminatnya.

SELEPAS mengalami keguguran pada tahun lalu, pelakon Sari Yanti berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil enam bulan.

Sari, 36, juga meluahkan rasa syukur menyambut ulang tahun ketiga perkahwinannya dengan pelawak Jep Sepahtu pada Selasa sambil menantikan kehadiran anak kedua mereka tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sari Yanti keguguran ketika kandungan masuk tiga bulan

"Esok (Selasa) anniversary kami yang ke-3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat. Amin.

Sari berkongsi berita gembira itu di Instagram pada Selasa.

"Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke-3 tahun ini kami sedang menunggu kehadiran ahli baru... Insyaallah.

"Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik daripada anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga," katanya.

Sari membuat pengumuman tersebut menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto bersama suami dan anak pertama mereka, Dariya Inara yang kini berusia satu tahun.

Rata-rata netizen meninggalkan komen di foto tersebut dengan ucapan tahniah dan mendoakan segala urusan pasangan itu dipermudahkan.

Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke-3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru.

SARI YANTI

PELAKON

Menerusi laporan mStar pada 18 Februari tahun lalu, Jep memberitahu isterinya mengalami keguguran ketika kandungan sudah mencecah tiga bulan.

Menurut Jep, dia mengetahui bayi dalam kandungan isterinya menghadapi masalah selepas membuat pemeriksaan di hospital.

Dalam pada itu, Sari memberitahu dia tetap menyayangi Jep biarpun penampilan rambut suaminya pendek atau panjang.

Sari bersama suami dan anak-anaknya.

"Kakak tak pernah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana-mana pun sayangnya sama. Hatinya sama, tak ada beza. I love you husband @jepsepahtu," katanya.

Sari dan Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 35, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.

Pelakon telefilem Pagar itu turut mempunyai dua cahaya mata lelaki hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Sari Yanti , Jep Sepahtu

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain