suria

Aksi gigit leher wanita seksi, MV Andi Bernadee dikecam bercanggah dengan ajaran Islam - “Maaf... anda sepatutnya tahu batasan”

Netizen kurang senang menonton video klip Andi yang melakukan aksi bercanggah dengan ajaran Islam.

VIDEO muzik lagu terbaharu penyanyi Andi Bernadee berjudul Shimmy yang dilancarkan di saluran YouTube pada Jumaat lalu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Segelintir netizen beranggapan konsep 'drakula' mengigit wanita seksi dan beberapa aksi mesra tidak sesuai ditonjolkan dalam klip video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “I hate you, haramlah!” - Peminat kecewa gimik tarian unsur ‘lucah’, Andi Bernadee kata ia kerja anak seni

"Saya suka lagu ini dan saya mahu beri sokongan kepada Andi sebagai penyanyi tapi MV ini bercanggah dengan ajaran Islam. Maaf tapi ia sangat tidak bagus, anda patut tahu batas anda.

Video Andi sedang menari dengan seorang wanita pernah dikecam netizen.

"Tolong pilih perempuan yang kurang seksi, maksud saya sopan. Maaf aku bukan benci tapi tegur sebab video ini beri pengaruh pada umat Islam.

"Nak buat lagu macam mana pun buatlah. Tapi MV tolang la bagi elok sikit. Suka muzik lagu tapi bukan MV," komen beberapa netizen.

Klip video tersebut yang sudah mencecah lebih 680,000 tontonan kini menjadi trending nombor tiga di YouTube.

Sebelum ini, netizen meluahkan rasa kurang senang melihat video Andi dan seorang wanita menari tarian berunsur lucah yang dimuat naik di Instagram untuk mempromosikan single terbaharunya itu.

Okey la okey la, kita tukar selepas ini jangan gigit leher. Kita gigit ketiak okey? 

ANDI BERNADEE

PENYANYI

Menerusi laporan mStar pada 31 Januari lalu, Andi memberitahu tarian itu merupakan sebahagian daripada kerjanya sebagai anak seni.

Dalam pada itu, seorang pengguna laman Twitter meluahkan rasa benci dan menganggap jalan cerita muzik video itu mengisahkan seorang lelaki meninggalkan kekasihnya selepas mendapat apa yang dimahukan.

"Kau dah pecah dara anak orang (darah) lepas itu kau buang tengah jalan (lepas tangan)! I sumpah benci! #MVpalingSAMPAH. Korang pertahankan, korang pun sampah!" tulisnya.

Andi membalas tweet seorang pengguna Twitter yang meluahkan rasa benci terhadap video muzik lagunya.

Tweet tersebut bagaimanapun hanya mengundang kritikan pengguna Twitter lain yang berpendapat pengendali akaun itu kurang cerdik apabila memberi perumpamaan darah dengan selaput dara.

Sementara itu, Andi, 29, membalas tweet tersebut dengan cara berseloroh mengatakan dia akan menukar konsep gigit leher kepada gigit ketiak pula.

"Okey la okey la, kita tukar selepas ini jangan gigit leher. Kita gigit ketiak okey? Yang baru lepas cukur dua hari tajam-tajam dan gatal-gatal tu.

"Okey selepas itu... bila gigit ketiak, pecah apa pula? Medulla oblongata ke?" tulis Andi menerusi laman Twitter miliknya.

Andi Bernadee, Shimmy

Artikel Lain