suria

'Angel Beside Me' lakonan Jaylerr, Jane Ramida boleh ditonton secara percuma di dimsum entertainment

Michael Lansala Donachist Na-Ares dan Lin.

DRAMA bersiri baharu Angel Beside Me menjadi drama paling mendapat perhatian dan sedang ditayangkan menerusi platform dimsum entertainment yang sudah bermula 25 Januari lalu.

Drama Thailand itu mengisahkan tentang seorang bidadari lelaki bernama Michael Lansala Donachist Na-Ares lakonan Jaylerr yang jatuh ke bumi, dan berjumpa dengan seorang wanita yang kecundang dalam hidup bernama Lin (Jane Ramida Jiranorraphat).

Ironi, pertemuan mereka berdua berlaku dalam keadaan agak luar biasa yang mana Michael jatuh di bumbung rumah Lin ketika Lin mahu membunuh diri.

Michael memberikan cincin miliknya kepada Lin supaya dia boleh menjual cincin tersebut dan menggunakan wang yang didapati untuk tujuan pembiayaan kolej.

Lin memberi nama samaran Somchai kepada Michael dan dalam diam menaruh hati kepada lelaki asing itu.

Drama Angel Beside Me boleh distrim di Dimsum Entertainment

Jaylerr yang merupakan anggota kumpulan Nine by nine itu turut membintangi beberapa drama lain seperti In Family We Trust, Project S The Series: Shoot I love You dan I hate You, I Love You yang boleh ditonton di dimsum entertainment.

Manakala, Jane Ramida pula sebelum ini dikenali menerusi drama The Gifter, Love Beyond Frontier dan WOLF.

Selain itu beberapa drama bersiri popular lain turut ditayangkan sepanjang Februari ini seperti Fantasi Welcome 2 Life, My Love from Another Star, Happy Birthday, dan Behind the Mask.

Drama Welcome 2 Life dibintangi oleh Ju Ji Hoon, Jin Se Yun, Kim Kang Woo, Kim Yoo Ri, mengisahkan tentang seorang peguam egois yang membantu kliennya memanipulasi undang-undang.

Jaylerr dalam Angel Beside Me

Manakala drama My Love from Another Star pula mengisahkan tentang seorang makhluk asing bernama Achira (Nadech Kugimiya) yang jatuh ke bumi ketika zaman Dinasti Josen pada 1609.

Bagi penggemar drama bergenre misteri pula, anda boleh menonton drama bertajuk Happy Birthday lakonan Push Puttichai.

Drama pendek berjumlah 13 episod ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Tonmai yang dilahirkan pada hari kakaknya, Tharnam mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Pada ulang tahun kelahiran ke-17, iaitu usia yang sama kakaknya mencabut nyawanya sendiri, Tonmai dapat berhubung dengan roh kakaknya dan meminta pertolongan untuk membalas dendam dan meminta maaf kepada bekas kekasihnya.

Artikel Lain