“Saya akan datang buat live permohonan maaf pada Ali Puteh dan keluarga!” - Aliff Syukri - Hiburan | mStar

“Saya akan datang buat live permohonan maaf pada Ali Puteh dan keluarga!” - Aliff Syukri

Aliff Syukri mohon maaf.

SELEPAS menerima kecaman masyarakat gara-gara menjadi punca kemelut pelawak Ali Puteh dan balu arwah Abam iaitu Nor Hidayah, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Meskipun tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan, Aliff berkata dia tidak mahu terus dituduh menjadi penyebab hubungan keluarga Allahyarham berpecah belah.

“Saya memohon maaf kepada Ali Puteh dan Hidayah... saya tak ada kena mengena dalam hal mereka. Sumpah dari awal saya tak tahu isu membabitkan mereka sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri bertaubatlah! - “Keluarga saya dihina disebabkan Datuk... tolong mohon maaf kepada ibu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Suruh bertaubat bagai... saya bukan buat jenayah” - Aliff Syukri pertahan tindakan muat naik video balu Abam

“Tapi saya malas nak panjang-panjang, saya pun tak rasa bersalah dalam hal ini sebab dia (Hidayah) yang bercerita dan saya hanya memberikan respon sahaja. Takkan orang nak bercerita kita buat tak tahu sahaja kan?

“Demi Allah tak ada niat... kalau tahu jadi macam ini, yang hanya akan mengaibkan saya, baik tak buat!,” katanya kepada mStar.

Aliff ditemani peguam (kiri) dan penerbit program Terlajak Kasih (kanan).

Aliff Syukri ditemui semasa sidang media penjelasan berhubung penularan video temubualnya bersama balu arwah Abam, baru-baru ini.

Menerusi sidang media pada Jumaat lalu, Ali meminta Aliff bertaubat kerana telah memecah belahkan silaturrahim antara ahli keluarga mereka.

Ini berikutan tindakan Aliff bertanyakan soalan sensitif kepada Nor Hidayah berkenaan harta pusaka yang ditinggalkan arwah Abam.

Permintaan Ali yang mahu saya berjumpa tanpa buat live, saya tak dapat penuhi. Saya tetap akan live di laman dan tunjuk kepada pengikut!

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

Sementara itu, Aliff berkata dia bersedia bertemu Ali dan keluarga bagi menyelesaikan isu tersebut.

Bagaimanapun dia tetap dengan pendirian akan mengadakan siaran langsung di laman sosial semasa pertemuan mereka itu nanti.

“Saya bersedia berjumpa famili Ali termasuk ibunya... buat apa nak gaduh! Saya tak menyebelahi mana-mana pihak, saya mendengar kedua-duanya.

“Dalam hal ini saya mengalah sajalah, apa masalah mereka sedang lalui biarlah diselesaikan secara dalaman keluarga.

“Tapi permintaan Ali yang mahu saya berjumpa tanpa buat live, tak dapat saya penuhi. Saya seperti biasa akan tetap buat live dan tunjuk kepada pengikut,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff mendedahkan dia sudah mendapatkan kebenaran Hidayah sebelum memuat naik rakaman tersebut di laman YouTube.

Malah, Hidayah juga meminta dia tidak memadam rakaman yang tular itu.

"Selepas menjadi kecoh, saya terus menghubungi Hidayah bertanyakan sama ada mahu dipadam atau tidak, tetapi dia sendiri yang kata tak perlu.

"Walaupun saya tahu 1001 cerita (apa yang diceritakan Hidayah mengenai keluarga) biarlah saya simpan sendiri. Apa yang ditayangkan itu hanya 10 peratus sahaja," ujarnya.

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain