Artis bertudung kemudian buka... alasan tak mahu hipokrit sebenarnya telah diberi hidayah ‘depan pintu’ - Ustaz Kazim

Ustaz Kazim ketika memberi ceramah dalam kuliah agamanya di Masjid Ukay Perdana, Ampang pada malam Sabtu lalu.

ARTIS yang memakai tudung, kemudian membuka semula hijab sebenarnya telah mendapat hidayah Allah semasa langkah menutup rambut di kepala itu dilakukan.

Penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias berkata, tindakan membuka semula tudung adalah menolak hidayah yang telah dikurniakan Allah terhadapnya.

“Dulu tak bertudung, jadi pelakon rambut perang sana, keriting sini, datang keinsafan dan balik dari umrah cakap kepada peminat kalau ada gambar tak menutup aurat, tolong buang… saya bertaubat.

“Lepas pakai tudung, job takde. Kalau ada pun jadi tukang bawa air je letak dekat pelakon utama, jadi opah dah sekarang. Akhirnya dia buka tudung… dia tak sabar, (sepatutnya) nanti la kejap… Nanti Allah ganti kut (perkara) lain,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida muncul tidak bertudung di AJL34 - “Doakan yang baik-baik saja”

Ustaz Kazim mengambil contoh itu sebagai intipati dalam ceramah perdana berjudul Taubat Seorang Pendosa di Masjid Ukay Perdana, Ampang pada malam Sabtu lalu.

Seseorang yang bertaubat itu akan diterima Allah jika dibuat bersungguh-sungguh. 

Tanpa menyebut nama sesiapa, Ustaz Kazim turut memberi contoh seorang artis yang memakai tudung kerana menurut perintah suami namun selepas bercerai, mengambil pendekatan membuka semula hijab dengan alasan tidak mahu hipokrit.

“Wartawan temuramah, wartawan tanya betulkah awak tak berhijab, tak bertudung?

“(dia jawab) Saya tak nak hipokrit saya nak jadi diri saya sebab dulu saya bertudung pun ex husband yang nak bertudung, so saya tak nak hipokrit.

“I nak jadi macam I, I rasa lebih selesa kalau tak bertudung, Memang berdosa dan I tahu itu I dengan Tuhan, I lebih selesa macam ni. Harap peminat I doakan agar I dapat hidayah,” katanya sekadar mengambil contoh.

Allah dah bagi hidayah depan pintu… Buka pintu dah dapat hidayah dah. Kita tolak hidayah Allah. Ambil la hidayah Allah tu walaupun sakit.

DATUK USTAZ KAZIM ELIAS

PENCERAMAH

Tambahnya, kata-kata dulu memakai tudung dan kemudian membukanya semula lalu memohon peminat mendoakan agar diberi hidayah merupakan satu tindakan yang pelik.

Ujarnya, langkah memakai tudung sebenarnya telah mendapat hidayah Allah yang diibaratkan (hidayah itu) sudah diberi depan pintu. Namun mereka itu menolak hidayah berkenaan.

“Allah dah bagi hidayah depan pintu… Buka pintu dah dapat hidayah dah. Kita tolak hidayah Allah. Ambil la hidayah Allah tu walaupun sakit,” katanya.

Tambahnya, seseorang yang bertaubat itu umpama paku yang melekat di dinding. Hendak dicabut paku berkenaan akan mencacatkan dinding namun kecacatan itu boleh ditampal dengan plaster kemudian disemen dan dicat… ia akan menjadi cantik semula. Kerana itulah perlunya kesabaran.

Dalam ceramah itu juga Ustaz Kazim memberitahu Allah mengajar seseorang agar merendah diri dan sentiasa memohon doa agar meninggal dunia dalam keadaan baik, bersama orang yang baik-baik.

Imej A Aida yang menjadi bualan ramai kerana tidak lagi berhijab selepas bercerai tahun lalu.

Beliau turut mengambil petikan dalam Surah Ali Imran, ayat 195 iaitu Allah akan menerima doa orang yang bertaubat tidak kiralah sama individu itu lelaki atau perempuan.

Saya terima teguran - A. Aida

Sementara itu produser Datuk A. Aida berkata, dia sudah menonton rakaman video itu dan mengakui kata-kata diungkapkan Ustaz Kazim tersebut ditujukan kepadanya.

Namun kata Aida dia tidak berkecil hati kerana apa yang disampaikan itu adalah perkara yang baik.

“Saya sudah menonton ceramah perdana itu dan saya tidak dapat nak komen panjang kerana apa yang diperkatakan sememangnya benar menurut pandangan ahli agama.

“Jujurnya saya rasa terharu kerana apabila ada orang menegur seperti dalam ceramah, ia bermakna kita ni masih disayangi ramai… Jadi Allah turunkan nasihat dalam bentuk ceramah untuk saya dan kita semua ambil iktibar,” katanya yang kelihatan tidak berhijab semasa Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) pada 9 Februari lalu.

A. Aida juga bakal muncul dalam filem terbaharunya Ratu Kala Jengking Puteri Keranda pada 27 Februari ini.

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain