suria

Kerjaya sebagai penari beri kelebihan Sophia Liana juarai Dansa Dansing, bawa pulang RM100,000

Tahniah Sophia Liana dan Budak Ngam diumum juara Dansa Dansing.

AHLI kumpulan De Fem iaitu Sophia Liana muncul sebagai juara program realiti Dansa Dansing musim pertama yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, pada Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Sophia, 30, bersama ahli kumpulannya Budak Ngam membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa AC Mizal cakap tu betul, saya memang kurus” - Chubb-E syukur dapat perhatian selepas 7 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Arja Lee tidak terkesan dilabel badut kerana sertai 'Dansa Dan Sing' - “Mereka tak akan berhenti bercakap...”

Sophia Liana menyempurnakan dua tugasan iaitu menyampaikan lagu Kami Rappers dan Amboi.

Tugasan pusingan battle pula dibuat bersama Chubb-E menerusi lagu Turn Down For What.

Sophia Liana bawa lagu Kami Rappers dan Amboi. FOTO GEMPAK.COM

Sophia menewaskan lima lagi finalis iaitu Chubb-E, Waris, Raja Syahiran, Wani Kayrie dan Shiha Zikir.

Sophia berkata permulaan karier seninya sebagai seorang penari satu ketika dahulu memberi banyak kelebihan kepadanya untuk menjuarai program ini.

“Karier seni saya dalam industri seni memang bermula sebagai penari, kemudian baru mula menyanyi. Saya bernasib baik dah belajar banyak teknik tarian dan dapat gunakan kesemuanya dalam pentas Dansa Dansing.

“Malah saya bersyukur dapat bersama pasukan yang sudah mula menari bersama sejak sekian lama, saya akan ambil peluang kejayaan di program ini untuk memberi inspirasi kepada mereka di luar sana untuk turut menari dan menyanyi dalam pada masa sama,” kata Sophia kepada mStar.

Chubb-E berjaya ditempat kedua. FOTO GEMPAK.COM

Penyanyi Chubb-E pula diumum sebagai pemenang tempat kedua dengan markah 65.22 peratus.

Dia dan Zeppo Youngsterz Crew membawa pulang hadiah wang tunai berserta RM50,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Tempat ketiga pula disandang Shiha Zikir bersama Team Squad dengan markah 63.27 peratus dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 beserta trofi.

Wani kayrie bersama Delitz terpaksa akui menduduki tempat keempat dengan markah 59.60 peratus dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000.

Waris dan Raja Syahiran masing-masing menduduki tempat kelima dan keenam dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan RM5,000.

Program Dansa Dansing dihoskan oleh Hady Mirza bergandingan dengan Sherry Alhadad.

Dansa Dansing

Artikel Lain