Pulang dari Mesir... Sharul Kamal masuk hospital disyaki influenza MERS CoV - "Saya perlukan doa anda"

Sharul perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan di hospital.

SETELAH pulang daripada menjalani penggambaran sebuah program televisyen di Mesir dan Arab Saudi, penyanyi Sharul Kamal dikejarkan ke hospital kerana mengalami demam berpanjangan. 

Menurut Sharul, pemeriksaan awal mendapati dia mengalami simptom influenza MERS CoV (sindrom virus pernafasan timur tengah) dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

"Salam semua... pada sesiapa yang tanya apa jadi pada saya, saya disyaki dapat influenza MERS CoV tapi baru disyaki sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak ‘test’ saja, jejaka bersuara merdu ini menggigil diminta laung azan oleh bilal masjid di Mesir... terus dilamar gadis Indonesia

"Sekarang kena pindah ke hospital kerajaan untuk periksa sama ada betul atau tak tapi saya harap ia demam biasa sahaja.

Sharul minta peminat mendoakan kesihatannya.

"Saya perlukan doa daripada anda. Minta doa cepat sembuh ya. Terima kasih semua," katanya menerusi Instastory.

Sebelum itu, Sharul berkongsi foto dia sedang terbaring di katil hospital mendapatkan rawatan.

Dalam masa yang sama, dia turut memuat naik rakaman video berada dalam ambulans.

Video Sharul melaungkan azan tular, baru-baru ini.

"Aku steady, korang jangan risau teruskan doa untuk aku ya. Dalam ambulans nak ke Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan," tulisnya.

Pada 13 Februari lalu, rakaman video Sharul melaungkan azan di sebuah masjid di Mesir menjadi viral di media sosial.

Video tersebut dirakam ketika dia menjalani penggambaran program Travelogue Backpackers (musim kedua) yang diadakan di sekitar negara timur tengah.

Sharul Kamal

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Memulakan langkah pemulihan ekonomi