suria

“Cukup-cukuplah kami sekeluarga dihina dan dicaci!” - Ali Puteh tetap tak izin Aliff Syukri buat live jumpa ibu

Ali tetap mahu Aliff bertemu ibunya untuk memohon maaf secara privasi.

MESKIPUN sudah memaafkan tindakan Datuk Seri Aliff Syukri, pelawak Ali Puteh tetap dengan pendiriannya iaitu mahu usahawan kosmetik itu datang bertemu ibunya secara privasi.

Bagaimanapun Ali, 31, tidak membenarkan Aliff meneruskan niatnya untuk membuat siaran langsung (live) di laman sosialnya atau merakam pertemuan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya akan datang buat live permohonan maaf pada Ali Puteh dan keluarga!” - Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN: “Suruh bertaubat bagai... saya bukan buat jenayah” - Aliff Syukri pertahan tindakan muat naik video balu Abam

Menurut pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ini, pertemuan itu tidak boleh dijadikan tatapan umum memandangkan ia melibatkan maruah keluarganya.

Aliff membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ali.

"Masa di sidang media Jumaat lalu, sudah saya katakan yang saya maafkan dia. Antara saya dengan dia tiada urusan lagi, cuma minta dia datang berjumpa dengan ibu dan keluarga.

"Seperti yang saya katakan, dia perlu bertemu dan memohon maaf kepada ibu saya tanpa ada kamera. Saya tidak akan membenarkan sekiranya dia ingin merakam atau membuat live.

"Sebab ini soal maruah keluarga, minta hormat hal keluarga bukan untuk tatapan umum. Cukuplah kami sekeluarga dihina dan dicaci," kata Ali kepada mStar pada Isnin.

Ini soal maruah keluarga, minta hormat hal keluarga bukan untuk tatapan umum. 

ALI PUTEH

PELAWAK

Aliff tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ali dan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah menerusi sidang media yang diadakan pada Isnin.

Malah, dia juga bersedia bertemu Ali dan keluarga bagi menyelesaikan isu tersebut namun tetap mahu mengadakan siaran langsung di laman sosial semasa pertemuan mereka itu nanti.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Puteh ini menegaskan dia akan memastikan tiada sebarang rakaman atau kamera pada pertemuan Aliff dan ibunya.

Kunjungan Aliff ke rumah Hidayah menjadi punca perbalahan isteri arwah Abam dengan Ali.

"Jika ada kamera atau sebarang rakaman, saya akan hentikan semua itu," tegasnya.

Sebelum ini, Ali meminta Aliff bertaubat kerana telah memutuskan silaturrahim antara ahli keluarga mereka.

Ini berikutan tindakan Aliff bertanyakan soalan sensitif kepada Nor Hidayah berkenaan harta pusaka yang ditinggalkan arwah Abam.

Ali Puteh, Aliff Syukri, Abam Bocey

Artikel Lain