suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sari Yanti keguguran ketika kandungan masuk tiga bulan

Jep dan Sari berkahwin pada 25 Februari 2017.

PELAWAK dan penyampai radio Sinar FM, Jep Sepahtu memberitahu isterinya pelakon Sari Yanti yang hamil tiga bulan mengalami keguguran.

Jep menerusi Instagramnya berkata, dia mengetahui bayi dalam kandungan isterinya menghadapi masalah selepas membuat pemeriksaan di hospital.

"Minggu lepas abah bawa Eya teman mama pergi hospital nak tengok adik. Adik Eya dah nak masuk tiga bulan dah.

"Sekali masa check-up haritu doktor bagitau adik dah tak bergerak lagi. Doakan mama Eya selamat operation hari ini ya," ujarnya.

Jep mendedahkan perkara itu di laman sosialnya pada Isnin.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengucapkan takziah kepada pasangan tersebut.

Pasangan ini berkahwin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Dariya Inara yang kini berusia 11 bulan.

Pada perkahwinan sebelum ini, Sari mempunyai dua cahaya mata lelaki.

Jep Sepahtu, Sari Yanti

Artikel Lain