Sasqia Dahuri nak kerja dahulu, belum mahu anak - Hiburan | mStar

Sasqia Dahuri nak kerja dahulu, belum mahu anak

Sasqia mahu berjaya dalam bidang lakonan.

PELAKON Sasqia Dahuri memberitahu dia dan suaminya Asyraff Khan masih belum terfikir untuk mempunyai zuriat dalam masa terdekat.

Sasqia atau nama sebenarnya Nurlisasqia Ahmad Dahuri, 34, berkata dia dan suami yang juga ahli perniagaan hartanah mahu memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing.

"Sekarang ini, cita-cita saya untuk berjaya dalam bidang lakonan masih lagi tinggi. Suami pun sama macam tu. Perlahan-lahan cari duit dulu.

"Nasib baik saya jumpa pasangan yang sama-sama kuat bekerja. Jadi buat masa sekarang ni, dah tenang dulu. Kahwin baru dua bulan.

Sasqia dan suami mahu tumpu pada kerjaya terlebih dahulu.

"Sekarang ni pun kami jalani kehidupan suami-isteri jarak jauh dan perlu 'travel' sana sini. Kalau ada anak sekarang susah juga kan," katanya kepada mStar Online.

Sasqia ditemui ketika malam gala filem Misteri Delaila di MM Cineplex, E@Curve, Damansara, Petaling Jaya pada baru-baru ini.

Dia berkahwin dengan Asyraff atau Muhammad Asyraff Khan, 28, pada 15 Disember 2018 selepas mengikat tali pertunangan selama 11 bulan.

Dalam pada itu pelakon drama bersiri Gerak Khas ini hanya akan memperlahankan kerjaya seni sekiranya sudah memiliki perniagaan yang stabil.

Sasqia minat dalam bidang perniagaan.

"Kalau ikutkan, saya sendiri memang minat berniaga, Sekarang ni pun ada cuba dan terima beberapa tawaran untuk bekerjasama di Singapura.

"Mungkin satu hari nanti, kalau ada perniagaan yang betul-betul stabil dan yang saya minat na buat, sudah tentu saya akan perlahankan kerjaya lakonan.

"Tapi macam mana pun lakonan tetap minat saya. Buat masa sekarang, saya kena berusaha lagi untuk berjaya dalam bidang ini," ujarnya.

Sasqia Dahuri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain