suria

PU Riz tinggalkan kerjaya seni untuk sambung belajar undang-undang

PU Riz akan menumpukan perhatian dalam pelajaran pula. FOTO: Insyagram PU Riz.

PENCETUS Ummah Riz Ismail (PU Riz) memberitahu dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia hiburan bagi menyambung pengajian di sebuah universiti.

Riz, 24, atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail yang kini menceburi dunia lakonan berkata, keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah atas permintaan ibunya.

“Saya berehat setahun lebih bagi menyambung pelajaran di universiti bagi menunaikan hasrat ibu.

“Saya buat keputusan untuk berhenti sekejap bagi menyambung pelajaran dalam jurusan ijazah sarjana muda undang-undang.

PU Riz. Foto dari instagramnya.

“Itu permintaan ibu dan saya kena ikut kerana saya masuk dalam bidang seni juga atas restu dia. Saya percaya ada rezeki jika saya ikut cakap ibu,” ujarnya kepada mStar Online.

Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama Selafaz Rindu yang diadakan pada Isnin.

Riz berkata, biarpun tawar hati untuk menyambung pelajaran, namun dia percaya akademik sesuatu yang penting untuk masa depannya.

“Kalau nak ikutkan saya dah tak berminat untuk belajar, maklumlah apabila dah bekerja dan ada duit kita rasa seronok.

“Tapi saya ikut cakap ibu dan saya percaya dia mahu saya jadi seorang yang ada ilmu pengertahuan dalam bidang seni,” ujarnya.

Katanya, biarpun mengambil masa berehat, beberapa drama dan filem lakonan akan disiarkan pada tahun ini.

PU Rizz sebelum ini pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir pada 2012 namun hanya sempat belajar selama setahun dan membuat keputusan pulang ke Malaysia akibat pergolakan di negara itu.

Dia kini memiliki Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang.

PU Riz

Artikel Lain