Gara-gara tak nampak 'berduit', penyanyi baharu, Ai Wahida sedih tidak dilayan penjual kasut berjenama - “Tak salah layan semua pelanggan sama”

Ai Wahida kecewa dengan sikap promoter sebuah butik kasut berjenama.

GARA-GARA penampilan bersahaja dengan baju corak kotak, penyanyi baharu yang dikenali sebagai Ai Wahida menerima layanan buruk daripada penjual di sebuah kedai kasut berjenama di sebuah pusat membeli belah.

Ai Wahida atau mesra disapa Wawa, 22, berasa kecewa dengan sikap pekerja wanita itu yang memberi layanan berdasarkan penampilan seseorang pelanggan.

"Saya dan adik masuk ke sebuah butik kasut berjenama untuk melihat kasut yang saya dah berkenan. Tiba-tiba datang seorang pekerja wanita cakap 'kalau nak kasut murah ada dekat luar'.

"Tapi saya cakap dekat dia yang saya memang nak beli kasut ini. Terus dia suruh pekerja lelaki layan saya dan dia layan pelanggan dengan penampilan lagi bergaya, jauh beza dengan saya.



Ai Wahida kongsi video bagi pengajaran kepada semua pekerja retail (peruncit).

"Saya tahu penampilan saya ketika itu bersahaja tapi tak perlu la dia memandang sinis kepada saya. Cara dia itu membuatkan saya kecil hati," kata Ai Wahida kepada mStar.

Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu Kembalilah Bersamanya itu memuat naik video luahan perasaan kecewa terhadap pekerja sebuah butik kasut yang memberi layanan buruk di Instagramnya.

Video tersebut menjadi tular di laman sosial dan turut menarik perhatian penyanyi rap Caprice yang tidak setuju dengan tindakan pekerja tersebut.

Dalam pada itu, Ai Wahida memberitahu insiden tersebut merupakan kali pertama yang terjadi dalam hidupnya dan berharap video yang dimuat naik itu dapat memberi pengajaran kepada pekerja retail (peruncit).



Ai Wahida terkejut berhadapan dengan situasi seperti itu.

"Selama 22 tahun saya hidup, ini kali pertama saya terkena macam ini. Itu yang buat saya terkejut sebab tak pernah alami lagi. Selalu hanya dengar pengalaman daripada orang sahaja.

"Bila jadi pada diri sendiri, memang sakit hati. Sebelum ini, banyak kedai yang saya pernah pergi memberi layanan yang baik. Pernah saya tak ada niat nak membeli tapi sebab pekerja itu peramah, terus beli barang di kedai itu.

"Tak salah pun layan semua pelanggan sama rata. Bagi saya, penampilan itu tak penting dan jangan menilai seseorang itu berdasarkan penampilan dia," ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Ai Wahida, promoter,

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain