suria

Zed Zaidi ucap tahniah Ahmad Idham kembali jadi CEO Finas - “Belajar dari kesilapan dan jangan meroyan!”

Zed Zaidi berharap Ahmad Idham belajar daripada kesilapan lalu.

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menyambut baik pelantikan semula Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Jumaat lalu.

Menerusi laman Instagram, Zed atau nama sebenar Rozaidi Jamil mengucapkan tahniah kepada Ahmad Idham dan berharap pengarah itu belajar daripada kesilapan lalu.

"Tahniah my bro Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO Finas. Satu sahaja yang saya nak pesan belajar daripada kesilapan lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan letak jawatan Ahmad Idham kembali jadi CEO Finas

ARTIKEL BERKAITAN: Hans Isaac ‘tekan’ Ahmad Idham? Persatuan seni bongkar sikap Pengerusi Finas

"Kena faham mana kawan, mana lawan dan yang paling penting jangan meroyan!



Zed Zaidi ucap tahniah kepada Ahmad Idham.

"Belanja makan durian tak apa sebab dah musim," tulis Zed di laman tersebut pada Sabtu.

Sebelum itu, dalam satu kenyataan Finas mengumumkan pelantikan semula Ahmad Idham sebagai CEO agensi itu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 5 Jun hingga 6 Jun 2022.



Ahmad Idham bersama bekas Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac.

Pada 9 Disember tahun lalu, permohonan Ahmad Idham untuk menamatkan perkhidmatannya setahun lebih awal iaitu pada 10 Mac lalu atas sebab peribadi diluluskan agensi berkenaan.

Justeru itu, Zed meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Finas meluluskan permohonan tersebut tanpa merujuk kepada bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo terlebih dulu.

Zed mendakwa ada pihak berkepentingan cuba campur tangan dalam bidang tugas Ahmad Idham sebagai CEO.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ahmad Idham, Finas

Artikel Lain