suria

Takut anak berdepan risiko Covid-19, Anzalna Nasir tolak tawaran berlakon - “Keadaan tak sesuai, saya rela duduk rumah”

Anzalna enggan bekerja selagi Covid-19 belum berakhir.

MESKIPUN sudah dibenarkan untuk menjalani penggambaran bermula Rabu depan, pelakon Anzalna Nasir lebih memilih untuk terus duduk di rumah menjaga anak sulungnya, Mohamad Eidrees.

Menurut Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 32, dia tidak mahu mengambil risiko memandangkan anaknya masih kecil dan mudah dijangkiti wabak Covid -19.

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna terkejut ramai menteri di lokasi majlis akikah anaknya - “Mereka tiba-tiba hilang, tak sempat ajak makan!”

"Sebenarnya saya ada terima tawaran berlakon dan sepatutnya penggambaran dijalankan selepas Hari Raya Aidilfitri. Tapi saya tolak sebab keadaan sekarang pun tidak mengizinkan.



Anzalna seronok menjaga anaknya di rumah.

"Wabak Covid-19 masih ada lagi dan saya tidak mahu pentingkan diri sebab saya ada anak kecil di rumah yang mempunyai risiko tinggi untuk terkena jangkitan tersebut.

"Jadi, saya lebih rela duduk rumah saja untuk menjaga Eidrees. Selagi Covid-19 belum betul-betul dah berakhir, saya tak akan ambil tawaran berlakon," kata Anzalna kepada mStar.

Krisis penularan wabak Covid-19 yang melanda di Malaysia dilihat semakin pulih sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun.

Sejak menjadi ibu ini, saya menjadi semakin matang dan banyak bersabar.

ANZALNA NASIR

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon drama popular Dendam Aurora ini mengakui sejak menjadi seorang ibu dia banyak mempelajari perkara baharu selain menyedari dirinya semakin matang.

"Alhamdulillh usia Eidrees dah masuk satu tahun pada 31 Mei lalu dan saya sangat bersyukur serta gembira dapat melihat dia membesar depan mata sendiri.

"Banyak yang saya belajar sepanjang bergelar ibu ini. Kalau masa permulaan menjaga anak itu memang penat dan bukan sesuatu yang mudah tapi sekarang Alhamdulillah Eidrees seorang bayi yang tidak banyak meragam.



Anak lelaki Anzalna kini berusia satu tahun.

"Sejak menjadi ibu ini, saya menjadi semakin matang dan banyak bersabar. Jadi ibu ini dah tak boleh nak marah dan apa-apa pun saya sentiasa nak yang terbaik untuk anak saya," ujarnya.

Anzalna dan Mohamad Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohamad Eidree pada 31 Mei tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Anzalna Nasir, Covid-19, PKP, PKPB,

Artikel Lain