Tiga bulan letak jawatan Ahmad Idham kembali jadi CEO Finas

Ahmad Idham kembali terajui Finas selepas hampir tiga bulan 'berehat'.

SELEPAS hampir tiga bulan melepaskan jawatan sebegai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilantik semula menerajui agensi itu berkuatkuasa Jumaat.

Ahmad Idham, 46, yang dihubungi meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ahli lembaga pengarah dan pengerusi Finas, Zakaria Abd Hamid serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah atas kepercayaan terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula huruf A... Ahmad Idham bongkar individu guna gelaran 'Datuk' palsu! - “Lama kelamaan orang akan tahu juga”

"Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan berehat saya kembali semula ke Finas. Saya sangat bersyukur kerana mendapat kepercayaan daripada pihak Finas dan juga Datuk Saifuddin Abdullah.



Ahmad Idham bersyukur diberi kepercayaan terajui semula Finas.

"Sebenarnya tarikh akhir saya bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekulif pada 11 Mac lalu tapi ketika itu saya hanya mendiamkan diri saja mengenai perkara itu kerana menganggap ia perkara biasa yang berlaku," katanya kepada mStar.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Finas mengumumkan pelantikan semula Ahmad Idham sebagai CEO agensi itu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 5 Jun hingga 6 Jun 2022.

Pada 9 Disember 2019, permohonan Ahmad Idham untuk menamatkan perkhidmatannya setahun lebih awal iaitu pada 10 Mac lalu atas sebab peribadi diluluskan agensi berkenaan.

Saya sudah bersedia dan memang perlu bersedia untuk menghadapi cabaran dan dugaan selepas ini.

AHMAD IDHAM

PENGARAH

Dalam pada itu, Ahmad Idham memberitahu dia sudah melakukan persiapan untuk menghadapi cabaran baharu dan akan bekerja keras untuk membangkitkan semula sektor ekonomi industri kreatif.

"Selama hampir tiga bulan ini, saya sudah mempersiapkan diri dengan membuat kajian dan membaca segala teori mengenai bagaimana untuk membangkitkan semula industri seni dalam sektor ekonomi.

"Jadi, saya sudah bersedia dan memang perlu bersedia untuk menghadapi cabaran dan dugaan selepas ini memandangkan industri seni sangat terkesan disebabkan krisis penularan wabak Covid-19," ujarnya.



Ahmad Idham akan bekerja keras untuk membangunkan sektor ekonomi industri kreatif.

Selain itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan Finas turut berterima kasih kepada kerajaan di atas keprihatinan terhadap pembangunan semula sektor ekonomi terutama industri kreatif negara yang terjejas akibat wabak Covid-19 dengan memperkenalkan insentif dan dana.

Finas juga menyambut baik peruntukan sebanyak RM225 juta sebagai insentif rangsangan ekonomi kepada industri ini melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ahmad Idham, Finas, Covid-19,

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain