Bermula huruf A... Ahmad Idham bongkar individu guna gelaran 'Datuk' palsu! - “Lama kelamaan orang akan tahu juga”

Pengarah Ahmad Idham menegur seorang kenalan yang menggunakan gelaran Datuk palsu.

TINDAKAN pengarah Ahmad Idham membuat semakan status Datuk terhadap seorang individu yang didakwanya telah menggunakan gelaran palsu demi kepentingan peribadi.

Ahmad Idham, 46, ketika dihubungi berkata, tujuannya melakukan perkara itu bagi menyedarkan individu berkenaan bahawa penipuan yang sedang dilakukan itu sesuatu yang serius dan memalukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham kembali ke ‘pangkuan’ Hans Isaac terajui Finas - “Jangan digoncangkan... ‘rumah tangga’ kami tengah aman”

"Orang itu adalah seseorang yang saya kenali secara peribadi. Saya dah tahu lama tentang perkara ini tetapi semakin lama perkara ini menjadi semakin serius.

"Jadi, saya dan rakan-rakan mahu memprovokasi orang tersebut untuk mengingatkannya bahawa perkara ini sesuatu yang serius.

Tangkapan skrin yang dikongsi Ahmad Idham tentang gelaran Datuk yang dimiliki kenalannya.

"Kami mahu dia tahu bahawa mempunyai darjah kebesaran seperti Datuk bukan sesuatu yang boleh dibuat main terutama sekali jika seseorang itu langsung tidak memilikinya," katanya.

Pada Sabtu, Ahmad Idham memuat naik status dan paparan skrin cari terhadap gelaran sekarang individu bermula dengan huruf A di sebuah portal.

Katanya, dia akan mendedahkan nama sebenar individu terbabit jika keadaan mendesaknya berbuat demikian.

Tambahnya lagi, dia membuat teguran secara berlapik bagi mengingatkan individu berkenaan bahawa pembohongan itu boleh terbongkar pada bila-bila masa.

Tambahnya, teknologi kini yang semakin canggih boleh mendedahkan kesahihan status tersebut dalam masa yang singkat secara semakan dalam talian.

"Macam ni la, sesetengah orang kalau kita tegur secara berdepan dan berterus-terang, mereka mungkin tidak boleh terima.

Lama-kelamaan orang akan tahu juga

AHMAD IDHAM

PENGARAH

"Jadi, kadangkala kita perlu melakukannya secara sinis supaya kita boleh menyedarkan mereka yang mereka belum tentu boleh terlepas kalau mereka berbohong tentang perkara sebegini.

"Sekarang teknologi sudah canggih. Ada laman web yang boleh memeriksa kesahihan darjah kebesaran seseorang itu, lama-kelamaan orang ramai akan tahu juga," jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan siri Spanar Jaya ini turut memberitahu penipuan ini merupakan satu jenayah yang boleh memudaratkan diri mereka sendiri.

Ahmad Idham berkata dia tidak bertujuan mengaibkan mana-mana pihak, namun mahu menggunakan kuasa media untuk mengingatkan orang ramai bahawa perkara ini serius.

"Dulu kerajaan sendiri pernah menguar-uarkan bahawa penyalahgunaan darjah kebesaran ini boleh dianggap satu jenayah kerana pada ketika itu terlalu ramai orang menggunakan gelaran tersebut pada kad bisnes mereka.

"Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa, saya cuma menggunakan kuasa media hiburan dan media sosial yang saya ada untuk mengingatkan satu sama lain bahawa ini bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan jenaka," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ahmad Idham

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain