Netizen tak 'update' informasi terkini, Nourul Wahab dikecam gara-gara keluar beriadah - “Jangan bandingkan kata-kata saya sebulan lepas dan sekarang!”

Nourul Wahab kecewa netizen tidak ambil tahu informasi yang tepat dan lengkap tentang syarat pelaksanaan PKPB.

BERANG dikecam kerana keluar beriadah bersama keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penyanyi Nourul Wahab menegur tindakan netizen.

Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, berkata apa yang dia dan keluarga lakukan itu mengikut peraturan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB.

ARTIKEL BERKAITAN: Feeya Iskandar hairan orang ramai tetap cuba balik kampung - “Korang tak rasa ke buang masa... kenapa masih lagi berdegil?”

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak kesal sikap ‘selfish’ balik kampung jejas prestasi Malaysia di mata dunia - “Dua bulan kita bertahan penurunan kes sangat bagus”

"Pergi taman tak apa, kerana ia dibenarkan kerajaan selepas pengumuman terbaharu pelaksanaan PKPB ini.

"Ada orang yang jenis mencari salah orang ni komen di Instagram saya selepas saya berkongsi aktiviti riadah bersama keluarga dan berkata yang sebelum ini saya sendiri menasihati orang ramai untuk tak keluar ke mana-mana," katanya di laman Instagram.



Nourul Wahab menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan ibu bapa mentuanya.

Dalam pada itu, Nourul berkata, orang ramai tidak boleh membandingkan apa yang disarankannya sebulan lalu dengan keadaan semasa yang mana banyak peraturan sudah dilonggarkan.

Katanya, dia juga sentiasa menjaga keselamatan dan penjarakan sosial ketika beriadah itu,

"Saya berkata begitu pada sebulan yang lalu. Situasi yang berlaku sebulan lalu tak sama dengan sekarang.

"Kerajaan baru mengumumkan pada minggu lepas aktiviti riadah di taman rekreasi dibenarkan. Jadi, ia tak menjadi masalah kerana ia merupakan aktiviti luar asalkan jaga jarak sosial," tegasnya.



Nourul Wahab mahu orang ramai peka dengan apa sahaja informasi yang diterima supaya tidak terjadi salah faham.

Nourul juga berkata, orang ramai perlu mendengar dengan jelas informasi yang ingin disampaikan supaya tidak timbul salah faham.

"Saya sampaikan apa yang patut disampaikan atas dasar kasih sayang. Siapa yang nak dengar, dengar la sebab saya sayang pengikut saya yang menyayangi saya.

"Lain kali kalau ada apa-apa berita, dengar sampai habis dan dengar dengan jelas apa maksud yang nak disampaikan. Jangan dengar separuh jalan sehingga timbul salah faham," katanya.

Kalau kita ambil tahu isu semasa kita takkan menyalahkan orang, takkan bitter, jadi negatif atau jadi hater

NOURUL WAHAB

PENYANYI

Dalam pada itu, Nourul turut mengingatkan orang awam agar sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan jelas berkaitan situasi semasa PKPB agar tidak timbul salah faham.

"Saya tak faham, masih ada yang tak dapat pesanan ringkas daripada Majlis Keselematan Negara (MKN)? Informasi diberi setiap hari.

"Kalau nak keluar melakukan aktiviti riadah tak perlu memakai topeng muka, tapi kalau nak ke pasar raya perlu memakai topeng muka. Ini sudah diberitahu kerajaan.

"Saya tak faham bila ada yang mengecam saya kerana keluar beriadah bersama keluarga. Jangan bandingkan kata-kata saya sebulan lepas dan sekarang," ujarnya.

Nourul turut menasihati pengikutnya supaya lebih banyak mengambil tahu tentang isu semasa supaya mereka tidak menjadi pengikut yang negatif dan menyalahkan orang lain tanpa usul periksa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nourul Wahab, PKPB

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain