suria

Selepas jadi kegilaan, Coki bakal bergelar pelakon - “Sejak darjah enam dah pasang impian nak berlakon!”

Coki teruja impiannya untuk bergelar pelakon bakal tercapai tidak lama lagi.

IMPIAN personaliti media sosial, Coki untuk bergelar pelakon bakal tercapai apabila dia menerima tawaran untuk menjayakan sebuah telefilem yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Menurut Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, 15, sejak dari sekolah rendah dia sudah memasang angan-angan dan berhasrat untuk bergelar seorang pelakon.

"Sebenarnya saya memang minat berlakon dan sejak dari darjah enam saya pasang impian itu... sebab itu saya buat Youtube sendiri dan muat naik video di laman tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Coki merayu sangat janganlah terlampau taasub” - Instafamous mohon maaf, akaun palsu punca fenomena 'sujud pada Coki'

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal di Kedah, Coki dedah fasih kecek Kelate... Aidilfitri kali ni ada peminat ajak beraya

"Tak sangka pula sekarang ini ada tawaran untuk saya berlakon telefilem dan sejujurnya saya memang teruja serta gementar untuk memulakan penggambaran.

"Persediaan sebelum masuk set lakonan, saya banyak menonton drama dan filem untuk tengok cara lakonan pelakon lain. Dalam masa sama, saya ada belajar berlakon dengan penerbit telefilem ini sendiri," katanya kepada mStar.



Coki teruja terima tawaran berlakon telefilem daripada penerbit, Azman Ahmad (baju biru).

Pada Sabtu, Coki menerusi Instagram memaklumkan dia menerima tawaran daripada penerbit AA Success Entertainment, Azman Ahmad untuk membintangi telefilem berjudul Syurga Ini Milikmu.

Sementara itu, remaja yang mula dikenali menerusi aplikasi TikTok ini berkata penggambaran telefilem itu akan bermula selepas mendapat keizinan kerajaan.

"Penggambaran telefilem akan bermula selepas mendapat keizinan kerajaan, memandangkan kita sekarang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Coki mahu tunjuk bakat lakonan dan mengharapkan komen membina daripada penonton.

"Memang teruja kerana watak yang diberikan kepada saya agak mencabar kerana bermain dengan emosi dan perlu menangis," katanya yang mengagumi bakat Datuk Rosyam Nor dan Wan Maimunah.

Ditanya adakah dia bersedia dengan kecaman netizen, Coki berkata dia menerima apa jua bentuk kritikan daripada penonton terhadap percubaan pertamanya itu.

"Kalau ada orang nak kecam lakonan saya, biarlah... saya hanya nak tunjuk bakat lakonan dan saya akan jadikan pengalaman dan peluang ini untuk perbaiki lagi lakonan.

"Saya hanya nak tunjukkan bakat lakonan dan menerima apa jua komen membina daripada orang ramai. InsyaAllah peluang yang diberi ini tidak akan saya sia-siakan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Coki, tiktok

Artikel Berkaitan

Artikel Lain