suria

“Mana SOP? Kata lepas raya” - Pekerja seni mula berteriak... Persatuan terus didesak

Penggiat seni mahu meneruskan penggambaran yang tertangguh demi kelangsungan hidup. Gambar hiasan.

PENGGIAT seni terus mendesak agar kerajaan segera mengeluarkan garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi meneruskan penggambaran drama dan filem seperti dijanjikan.

Ini kerana sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan, ramai penggiat seni terutama mereka yang bekerja di belakang tabir terputus sumber kewangan bagi menyara kehidupan.

Malah ada diantaranya terpaksa meraih simpati persatuan seni untuk mendapatkan keperluan makanan selain terdapat diantaranya tidak mampu membayar sewa rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Syukur... kerajaan benarkan penggambaran lepas raya, pengarah janji patuhi SOP - “Kalau tak boleh pegang-pegang, kita akan ikut dan harap penonton faham!”

"Kami mendesak agar kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan segera SOP untuk penggiat belakang tabir melakkan penggambaran. Hari tu janji (membenarkan penggambaran) selepas raya... tapi sekarang senyap. Jangan buat kami macam ni. Kami pun nak cari makan," kata Presiden, Persatuan Sutradara Malaysia (Fdam) Ahmad Ibrahim.



Sejak PKP dilaksanakan, segelintir penggiat seni melalui kehidupan sukar. Gambar hiasan.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bekata, mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju membenarkan aktiviti penggambaran filem, drama dan iklan dilakukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata kebenaran aktiviti penggambaran akan bermula selepas perayaan Aidilfitri dan pihak produksi perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam pada itu Ahmad Ibrahim berkata, ketika ini terdapat lebih 40 syarikat produksi melibatkan kira-kira 850 kru dan artis sedang menanti SOP daripada kerajaan untuk meneruskan penggambaran yang tertangguh.

Melihat kepada situasi ini, Fdam berterusan menerima desakan dan aduan daripada ahli-ahli serta penggiat seni bagi mendapatkan kebenaran dan pelepasan agar penggambarn boleh diteruskan.

AHMAD IBRAHIM

PRESIDEN, FDAM

Selain itu terdapat juga 70 syarikat produksi lain yang baharu hendak memulakan penggambaran.

"Melihat kepada situasi ini, Fdam berterusan menerima desakan dan aduan daripada ahli-ahli serta penggiat seni bagi mendapatkan kebenaran dan pelepasan agar penggambarn boleh diteruskan.

"Seluruh penggiat seni berada dalam dilema untuk melakukan kerja mereka demi kelangsungan hidup.



Ahmad Ibrahim

"Ada diantara mereka ‘hampir kebulur’ dan tidak mampu membayar sewa rumah kerana hilang sumber pendapatan," katanya.

Justeru beliau turut meminta Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang baharu, Zakaria Abdul Hamid agar memainkan peranan supaya SOP yang dijanjikan itu dapat segera dikeluarkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain