Muat naik foto bersama, Ikhlas Jalil mengaku dah lama minat Zulin Aziz - “Kami mula rapat sejak Ramadan lalu”

Ikhlas Jalil akui mengagumi bakat dan keunikan yang ada pada Zulin Aziz.

GARA-GARA memuat naik foto bersama Zulin Aziz di laman Instagram, pelakon Ikhlas Jalil menerima pelbagai komen daripada pengikut yang mahukan kepastian mengenai status hubungan mereka.

Menjawab persoalan tersebut, Ikhlas berkata mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dan menganggap Zulin sebagai rakan seperjuangan dalam industri.

"Sejujurnya, tak ada sebarang hubungan istimewa pun... kami kawan-kawan sahaja dan saya pun dah lama kenal dia cuma semakin rapat bermula Ramadan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat lucu ibu Ikhlas Jalil jadi perhatian gara-gara video 'pisau last kat mana?' - “Mama memang betul-betul hilang pisau kat situ”

"Saya memang dah lama minat dia, maksud saya minat bakat dia serta keunikan dia, saya dah anggap dia macam idola dalam industri seni ini... sehinggalah baru-baru ini kami berpeluang buat content video bersama.



Ikhlas kagumi bakat yang ada pada Zulin.

"Untuk memasuki fasa baharu perhubungan itu saya rasa masih jauh... kalau betul bercinta, saya mesti mengaku, takkan nak sorok pula kan?," katanya kepada mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Ikhlas memuat naik beberapa keping foto bersama Zulin sehingga mengundang pelbagai spekulasi daripada peminat.

Rata-ratanya mendoakan supaya mereka menjadi pasangan kekasih dan menamatkan zaman bujang secepat mungkin.



Ikhlas mula rapat dengan Zulin setelah mereka membuat kandungan video bersama.

Menyedari komen yang ditinggalkan oleh pengikut itu, Ikhlas atau nama sebenarnya Hizatul Ikhlas Abdul Jalil, 28, berkata dia lebih selesa meletakkan soal jodoh sebagai ketentuan daripada Allah.

"Soal jodoh saya memang serahkan pada Allah, kalau orang doakan benda baik, tak salah kita aminkan sahaja.

"Tapi buat masa ni jodoh itu masih belum jumpa, jadi sekarang ini saya follow the flow sahajalah!

"Kalau tanya bila nak kahwin, dari dulu lagi saya dah pasang impian itu tapi... itulah belum jumpa calon sesuai lagi," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zulin Aziz, Ikhlas Jalil

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain